BAB 1 : AKHLAK MAZMUMAH DAN KEWAJIPAN MENJAUHINYA Andalus Corporation Pte Ltd KBM 2 AKHLAK ISLAMIAH BAB 1 : AKHLAK MAZMUMAH DAN KEWAJIPAN MENJAUHINYA
AKHLAK MAZMUMAH DAN KEWAJIPAN MENJAUHINYA Tujuan manusia diciptakan adalah untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Hanya manusia sahaja diberikan nikmat akal dan diberi kebebasan memilih di antara baik atau buruk dan akan dipertanggungjawabkan atas setiap perbuatan yang dikerjakan di dunia. 2008 KBM 2 AKHLAK BAB 1
AKHLAK MAZMUMAH DAN KEWAJIPAN MENJAUHINYA Manusia harus melatih diri supaya menjauhi perkara buruk yang boleh merosakkan amal kebaikan seperti sabda Rasulullah s.a.w : “Hendaklah kamu berjauh diri dari dengki kerana dengki itu memakan kebajikan-kebajikan sebagaimana api memakan kayu”. ( HR. Abu Daud ) 2008 KBM 2 AKHLAK BAB 1
AKHLAK MAZMUMAH DAN KEWAJIPAN MENJAUHINYA Baik atau buruk seseorang tidak ditentukan oleh darjat atau keturunan. Secara fitrahnya manusia adalah baik. Akhlak dan pendirian manusia dibentuk oleh keadaan dan orang di sekeliling. Nikmat akal membolehkan manusia membuat pemilihan antara baik atau buruk. 2008 KBM 2 AKHLAK BAB 1
AKHLAK MAZMUMAH DAN KEWAJIPAN MENJAUHINYA Tidak wajar orang yang membuat sesuatu keburukkan kemudian menyalahkan orang lain atas perbuatannya kerana Allah memberi akal untuk berfikir dan menilai. 2008 KBM 2 AKHLAK BAB 1
AKHLAK MAZMUMAH DAN KEWAJIPAN MENJAUHINYA “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.” ( al-Tiin : 4-6 ) 2008 KBM 2 AKHLAK BAB 1
AKHLAK MAZMUMAH DAN KEWAJIPAN MENJAUHINYA Ayat tersebut menerangkan bahawa: Manusia telah diciptakan dalam sebaik-baik bentuk. Manusia hendaklah bersyukur atas nikmat ini dan menjaga kemuliaan diri dengan memantapkan iman dan mengerjakan amal soleh. 2008 KBM 2 AKHLAK BAB 1
AKHLAK MAZMUMAH DAN KEWAJIPAN MENJAUHINYA Ini dapat dilakukan dengan mendidik diri untuk mengerjakan akhlak mahmudah (segala tingkahlaku yang baik dan terpuji) dan pada waktu yang sama menjaga diri dari akhlak mazmumah (segala tingkahlaku yang buruk dan tercela) dalam kehidupan seharian. 2008 KBM 2 AKHLAK BAB 1
AKHLAK MAZMUMAH DAN KEWAJIPAN MENJAUHINYA Dalam menjaga diri dari akhlak mazmumah, Nabi Muhammad s.a.w. pernah berdoa seperti berikut : “Ya Tuhan, jauhkanlah daripadaku keburukan dari akhlak, amal-amal, kemahuan-kemahuan dan penyakit-penyakit.” (HR. Tirmidzi) 2008 KBM 2 AKHLAK BAB 1