PENAKSIRAN PEMBELAJARAN DISEDIAKAN OLEH: MOHD KHAIRUL NA’IM BIN MOHD SUDIN NOR FARHANI BT MD ISA NUR AMIRUL AZIMA BT SHAMSUDDIN ROSLIZA BT SALLEH SITI SAFIYYAH BT GHAZALI
PENGENALAN Sejak 1990-an reformasi pendidikan memfokuskan penaksiran pembelajaran untuk menjadikan pengajaran lebih berkesan. Bertujuan memastikan pembelajaran berlaku.
Membantu guru merancang pengajaran untuk keberkesanan pembelajaran. Berbentuk formatif dan berpusatkan pelajar. Memberikan manfaat kepada guru dan pelajar dlm bentuk maklum balas bagi meningkatkan pengajaran-pembelajaran.
CIRI-CIRI PENAKSIRAN P&P Berpusatkan pelajar Arahan guru Manfaat bersama Formatif Berasaskan konteks pengajaran yg spesifik Berterusan Berakar umbi amalan pengajaran yg baik
Berpusatkan pelajar Memberikan tumpuan kpd pembelajaran dan bagaimana hendak menjadikan pembelajaran lebih berkesan.
Arahan guru Guru menentukan apa jua yg hendak dinilai, bagaimana hendak menilai dan bagaimana utk gunakan maklumat yg diperoleh utk meningkatkan P&P.
Manfaat bersama Melalui penglibatan pelajar, mereka membuat penaksiran kendiri dan akan lebih memahami isi pelajaran. Melalui penaksiran bilik darjah, guru akan mendapat idea baharu dalam menjadikan P&P lebih berkesan.
Formatif Matlamat penaksiran dalam bilik darjah adalah utk menjadikan pembelajaran lebih berkualiti, bukan utk tujuan penggredan. Guru dapat membuat penambahbaikan dalam P&P.
Berasaskan konteks pembelajaran yg spesifik Penaksiran dlm satu-satu bilik darjah adalah sesuai dgn keperluan bilik darjah berkenaan (guru, pelajar, mata pelajaran) Sekiranya berjaya dan sesuai bagi satu kelas, tidak semestinya berjaya dalam kelas yang lain.
Berterusan Berlaku sepanjang proses P&P sebagai satu bentuk maklum balas yg memberikan maklumat kpd guru tentang perkembangan pembelajaran pelajar. Maklum balas boleh bantu guru menjelaskan semula perkara yg belum difahami pelajar.
Berakar umbi amalan pengajaran yang baik Membolehkan amalan pengajaran yg baik dimanfaatkan sebaik-baiknya. Amalan pengajaran akan jadi lebih baik dgn adanya maklum balas pembelajaran yg lebih sistematik. Fleksibel dan berkesan.
PENAKSIRAN PRESTASI/ AUTENTIK
PENAKSIRAN PRESTASI/AUTENTIK Menilai keupayaan pelajar dalam melakukan sesuatu atau menggunakan sesuatu kemahiran dalam menghasilkan sesuatu yang baharu dan kreatif. Dibuat melalui pemerhatian, pencerapan serta hasil produk. Contoh: keupayaan pelajar dalam menghujah, menganalisis hujah lawan, merancang dan melaksana sesuatu persembahan, mereka cipta sesuatu yg berseni dan sebagainya.
Kelebihan Penaksiran Prestasi Merekodkan apa yg diketahui dan dapat dilakukan oleh pelajar. Menilai keupayaan pelajar berfikir, membuat analisis, sintesis dan penilaian serta memindahkan fakta dan idea. Membolehkan guru membuat penaksiran secara individu berdasarkan pemerhatian secara berterusan sepanjang proses belajar. Membolehkan guru merancang pengajaran berdasarkan kecenderungan dan keupayaan pelajar.
Kelebihan Penaksiran Prestasi Membolehkan ibu bapa, pengurus sekolah dan sebagainya mendapatkan maklumat yang terperinci tentang pembelajaran pelajar. Memberikan peluang kepada guru menguruskan penilaian pengajaran dan pembelajaran dengan lebih bermakna. Guru sendiri bertanggungjawab ke atas penaksiran yang dilaksanakan.
Komponen-komponen Penaksiran Prestasi Senarai semak perkembangan pembelajaran Guru perlu sediakan senarai semak berdasarkan objektif atau hasil pembelajaran, skala tingkah laku atau prestasi yang dijangkakan. Borang penilaian berbentuk rubrik boleh digunakan. Boleh membuat penilaian terhadap pelajar dan guru dapat menyediakan aktiviti pembelajaran selaras dengan keupayaan dan perkembangan pelajar.
Komponen-komponen Penaksiran Prestasi Portfolio pembelajaran Pengumpulan bahan pembelajaran, hasil kerja, refleksi pembelajaran dalam satu folder yg menunjukkan proses pembelajaran yg dialami pelajar. Guru dapat memanfaatkan maklumat dalam portfolio pembelajaran pelajar untuk merancang bentuk pembelajaran yg sesuai dengan diri pelajar.
Komponen-komponen Penaksiran Prestasi Laporan pembelajaran Prestasi atau perkembangan dilaporkan dalam bentuk naratif yg ringkas berdasarkan prestasi di dalam kelas. Dibuat berdasarkan pemerhatian guru, rekod pembelajaran dan portfolio pembelajaran pelajar. Dibuat pada akhir sesi pembelajaran untuk disampaikan kepada ibu bapa dan pihak pengurusan sekolah.
Ciri-ciri Penaksiran Prestasi Pelajar terlibat dalam kajian atau aktiviti yg berbentuk autentik (asli dan kreatif). Tugasan kajian yg bermakna, berbentuk aplikasi kemahiran dan pengetahuan serta integrasi kemahiran berfikir aras tinggi. Pelajar harus mempunyai kemahiran menggunakan bahasa dan laras bahasa yang betul. Tugasan autentik terdapat dalam 2 bentuk (berasakan proses dan produk). Penekanan diberi kepada kedalaman pemahaman dalam melaporkan kajian bukan kepada keluasan kajian.
Dalam menyediakan tugasan autentik, guru haruslah Menentukan matlamat prestasi keseluruhan tugasan. Objektif pembelajaran/hasil pembelajaran hendaklah dijelaskan secara terperinci. Tugasan hendaklah berdasarkan keadaan sebenar, mencabar tetapi realistik. Sediakan langkah2 pelaksanaan dalam turutan yg lengkap dan dapat memandu pelajar melaksanakan tugasan. Penaksiran pembelajaran dibina dalam tugasan, iaitu dalam bentuk kontekstual.
Dalam menyediakan tugasan autentik, guru haruslah Gunakan borang penilaian yg boleh membantu guru membuat penaksiran prestasi pelajar secara adil dan tepat. Antaranya senarai semak prestasi/perkembangan pelajar, skala rubrik, borang penilaian kendiri pelajar dan penilaian rakan sebaya.
Penilaian prestasi dapat menilai prestasi dan kemajuan pembelajaran pelajar secara holistik. Pelajar juga mendapat peluang untuk membuat penilaian kendiri tentang perkembangan pembelajaran yg dialami oleh mereka.
PENAKSIRAN BERASASKAN PORTFOLIO
DEFINISI PORTFOLIO Satu bentuk bukti perkembangan pembelajaran. Pengumpulan bahan pembelajaran, aktiviti proses pembelajaran, hasil kerja, produk reka dan sebagainya dalam satu folder.
PENAFSIRAN BERASASKAN PORTFOLIO Merujuk kepada prosedur untuk merancang, mengutip, dan menganalisis pelbagai sumber data yang dimasukkan dalam portfolio.
CRADLE C = collecting (membuat pengumpulan/pengutipan) R = reflecting (membuat refleksi kendiri atau catatan jurnal) A = assesing (membuat penaksiran) D = documenting (menyimpan dan merekod, mendokumentasi) L = linking (membuat perkaitan) E = evaluating ( membuat penilaian)
CIRI-CIRI PROSEDUR PENAKSIRAN SISTEMATIS Komprehesif Terancang dan sistematik Bermaklumat Dibuat khusus Autentik
PROSEDUR PENAKSIRAN PORTFOLIO Kenal pasti tujuan dan fokus portfolio. Rancang isi portfolio Reka bentuk analisis portfolio Sediakan tatacara penyampaian Kenal pasti prosedur mengesahkan ketepatan maklumat Laksanakan model penaksiran portfolio.
Penaksiran kendiri
Penaksiran kendiri Pelajar nilai diri sendiri Bertanggungjawab sendiri dalam pelajaran Bersandarkan objektif atau hasil pembelajaran Mereka perlu mengetahui hasil pembelajaran
Langkah- langkah Penaksiran kendiri Membuat refleksi ke atas pengalaman atau pembelajaran lepas. Cuba ingat dan memahami apa yang telah berlaku. Mencuba mendapatkan gambaran atau idea yang jelas tentang apa jua yang telah dipelajari atau dicapai. Berkongsi tanggungjawab dengan sekolah tentang pembelajaran pelajar. Menyimpan rekod atau catatan yang telah diambil. Buat keputusan berkaitan dengan aktiviti masa depan dan hala tuju yang akan diambil.
Penaksiran kendiri melibatkan proses metakognitif……… Penaksiran kendiri melibatkan proses metakognitif………. Apakah maksud metakognitif??
Strategi P&P membantu membina keupayaan membuat penilaian kendiri. Modeling Kemahiran menyoal secara berfokus Menggunakan pengurusan grafik sebagai alat penaksiran Membuat refleksi pembelajaran Penilaian rakan sebaya Senarai semak Portfolio digital Mengaplikasikan teknik penaksiran bilik darjah
Modeling Menggunakan hasil terbaik sebagai contoh. Bimbing pelajar membuat perbandingan hasil kerja contoh dengan hasil pembelajaran.
Kemahiran menyoal secara berfokus Galakkan pelajar membina soalan untuk dapatkan maklumat tambahan. Minta pelajar memilih soalan yang paling baik. Bincang soalan yang paling baik. Guru memberi bimbingan. Guru mengajukan soalan untuk membantu pelajar menilai pembelajaran sendiri.
Menggunakan pengurusan grafik sebagai alat penaksiran. Bentuk visual yang dapat membantu pelajar menstrukturkan pemikiran dan pembelajaran mereka dalam bentuk diagram. Bantu dalam membuat klasifikasi, kategori, perbandingan , turutan dan peta minda. Contoh: peta minda, carta T, carta alir, grafik banding beza.
Membuat refleksi pembelajaran Catatan jurnal yang telah dialami. Kekuatan, kelemahan, penambahbaikan,
Penilaian rakan sebaya Maklum balas daripada rakan pelajar. Boleh dibuat dalam bentuk perbincangan. Bantu guru menilai tugasan kumpulan.
Senarai semak Sesuatu untuk menaksir sikap pelajar, tingkah laku dan tindakan pelajar semasa proses pembelajaran. Semasa aktiviti amali dan lisan.
Portfolio digital Penggunaan ICT/TMK
Mengaplikasikan teknik penaksiran bilik darjah Pelbagai aktiviti penaksiran untuk pelajar (Assessement For Learning).
PENILAIAN BERASASKAN KOMPUTER
Definisi Pengajaran mata pelajaran yang menggunakan perisian yang dibina khusus untuk mencapai sesuatu objektif. Merupakan penaksiran yang disediakan, ditadbirkan, dan disemak oleh komputer. Terdapat perisian yang telah disediakan khas untuk kegunaan guru. Guru hanya memasukkan aktiviti atau item soalan yang hendak diuji ke dalam program yang tersedia.
Fungsi Penaksiran Berasaskan Komputer Mentaksir keupayaan pelajar sebelum dan selepas pembelajaran ( ujian pra dan ujian pos ) Menyediakan kemudahan latih tubi. Menyediakan permainan pendidikan untuk menarik minat pelajar. Merekod skor pencapaian pelajar.
Kelebihan Menjimatkan masa. Pelajar boleh menjawab soalan berlainan bergantung kepada prestasi semasa. Tahap penguasaan pembelajaran dapat diukur dalam masa yang singkat.
Kekurangan Menimbulkan masalah sekiranya komputer digunakan rosak.(masalah teknikal) Sukar untuk mendapatkan perisian yang sesuai dengan budaya pelajar. Guru tidak mempunyai kemahiran.
Kesimpulan Penaksiran berasakan komputer banyak membantu sekiranya perkara ini dipandang serius oleh semua pihak. Bab kata saya “Alang-alang bermain, biarlah sampai berpeluh”