Maklumat Yang Perlu Diberi Perhatian
Syarat menyertai Program NILAM ialah membaca sekurang- kurangnya sebuah buku. Bahan bacaan tambahan yang diusahakan oleh murid sahaja yang dikira sebagai NILAM. Guru hanya berfungsi sebagai fasilitator.(murid yang lemah) Murid MESTI ada sekurang-kurangnya 1 aktiviti selepas membaca. ( rumusan adalah diwajibkan) Semasa tempoh rintis, bilangan di dalam buku NILAM dimulai dengan 0. Selepas tempoh rintis, bilangan buku yang dibaca pada masa rintis + bacaan dahulu = Bilangan keseluruhan NILAM
Bagi murid yang lemah, guru boleh menggunakan Skim Tambahan (muka surat buku ditambah hingga cukup bil muka surat sebuah buku) supaya layak menyertai Program NILAM. IQ NILAM yang kurang daripada 1 = tidak mencapai tahap NILAM IQ NILAM yang lebih daripada 1 = baik Purata bahan yang dibaca mestilah lebih daripada 24 supaya mencapai KPI. Biasanya Rumusan Kelas diisi oleh guru kelas Rumusan Tahun diisi oleh guru penyelaras Rumusan Sekolah diisi oleh guru NILAM
Sebarang bahan bercetak dan bukan bercetak mestilah berbentuk ilmiah. Jumlah aktiviti mestilah lebih daripada jumlah bahan. Penambahbaikan NILAM ini menekankan pembacaan buku, bahan bercetak dan bukan bercetak. Buku teks atau buku yang dibekalkan oleh KPM tidak boleh dikira sebagai bahan bacaan tambahan.
SEKIAN TERIMA KASIH