Jenis Penyelidikan BBM3413 Sharil Nizam Sha’ri UPM, Serdang Semester 1 2014/2015
JENIS-JENIS PEYELIDIKAN JENIS-JENIS PENYELIDIKAN Penyelidikan Asas (basic research) Kajian yang dijalankan sebagai permulaan sesuatu kajian ke atas fenomena atau isu/situasi sebelum menjalankan kajian yang selanjutnya Biasanya dijalankan untuk menguji sesuatu teori dalam tingkah laku sosial, menguji sama ada sesuatu teori berkenaan masih boleh digunakan dalam keadaan semasa atau memerlukan penambahbaikan supaya mengikut keadaan semasa. Mempunyai orientasi yang lebih umum Menambah pengetahuan kepada yang sedia ada dalam disiplin tersebut. JENIS-JENIS PEYELIDIKAN
Contoh penyelidikan asas Menjalankan eksperimen berkaitan: pembelajaran dalam persekitaran makmal Tujuan eksperimen itu ialah untuk menyumbang kepada pengetahuan berkenaan cara pembelajaran berlaku Eksperimen tersebut boleh memfokus kepada satu atau beberapa faktor yang terhad berkaitan pembelajaran seperti perbezaan yang berlaku/terhasil apabila bahan pembelajaran dipersembahkan melalui gambar rajah atau lisan.
Penyelidikan Gunaan (applied research) Menggunakan penyelidikan asas yang telah dijalankan oleh penyelidik sebelumnya atau kajian sebelum ini Difokuskan untuk menjawab persoalan sebenar dunia, soalan praktikal untuk memberi penyelesaian segera yang relatif. Dijalankan untuk menerokai masalah bagi tujuan merancang strategi dan tindakan untuk menyelesaikan masalah berkenaan Untuk mengenalpasti impak sesuatu fenomena atau teori ke atas sesuatu isu Topik bagi penyelidikan gunaan biasanya dipandu oleh masalah semasa yang menjadi perhatian pembuat polisi
Contoh penyelidikan gunaan Menjalankan satu tinjauan (survey) terhadap guru sekolah rendah dalam sistem persekolahan untuk mengenal pasti kegemaran(preferences) dan pandangan berkaitan beberapa program bacaan yang ada. Tinjauan ini mungkin dijalankan oleh jawatankuasa kurikulum atau pentadbiran sistem sekolah yang prihatin dengan masalah memilih program bacaan atau bahan yang hendak dibeli . Keputusan tinjauan dapat memberi maklumat penting untuk membuat keputusan pembelian bahan tersebut
Penyelidikan Penilaian(Assessment Research) Merancang PROSES program Menguruskan pelaksanaan dan kesannya Sekian, Terima kasih
Penyelidikan Penilaian Dibahagikan kepada dua jenis bergantung kepada tujuan penilaian. Apabila tujuan utama penilaian ialah untuk mengarah kepada penilaian (judgment) mengenai bagaimana program itu boleh dibaiki, ia dipanggil penilaian formatif. Apabila tujuan utama penilaian untuk mengarah kepada penilaian (judgment) mengenai sama ada program itu efektif dan adakah ia patut diteruskan ia dipanggil penilaian sumatif.
Penyelidikan Tindakan Penyelidikan Tindakan difokuskan kepada penyelesaian masalah yang spesifik dihadapi oleh pengamal lokal (local practitioners) Ini adalah jenis penyelidikan gunaan