VKMC 2031 PEMBANGUNAN KELUARGA (KUMPULAN D) SAHSIAH ANAK…
OBJEKTIF…. PARA PELAJAR DAPAT MEMPELAJARI : CARA MEMBENTUK SAHSIAH ANAK MELALUI PERGAULAN DENGAN IBU BAPA, AHLI KELUARGA, RAKAN SEBAYA, GURU, JIRAN DAN MASYARAKAT. MEMUPUK HARGA DIRI,MEMBIMBING ANAK BERDIKARI. HORMAT-MENGHORMATI IBU BAPA,GURU ,RAKAN SEBAYA DAN JIRAN. MEMUPUK KESEPADUAN ANAK.
DEFINISI SAHSIAH Sahsiah bermaksud peribadi atau personaliti. Ia merujuk kepada traits yang mencirikan peribadi orang berkenaan. Peribadi menggambarkan sifat personaliti individu yang membezakannya daripada orang lain. Sifat sahsiah merangkumi gaya hidup, kepercayaan, harapan, nilai, motif, pemikiran, perasaan, budi pekerti, persepsi, tabiat, sikap dan watak seseorang.
SUDUT ISLAM Pembangunan sahsiah merangkumi semua aspek iaitu jasmani, rohani, naluri dan akal individu. Ianya boleh membina akhlak, peribadi dan perangai dengan tujuan menjadikan seseorang itu mempunyai tamadun, berakal, mempunyai nilai murni serta berdaya maju.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN SAHSIAH ANAK KELUARGA RAKAN SEBAYA PENGALAMAN AWAL MASYARAKAT SEKOLAH MEDIA MASSA
KELUARGA Faktor keluarga merangkumi didikan daripada ibu bapa dan taraf sosioekonomi keluarga. Didikan daripada ibu bapa sejak kecil banyak mempengaruhi perkembangan sahsiah atau personaliti individu. Cara komunikasi ibu bapa, berpakaian, pemakanan serta perhubungan dengan ahli keluarga secara tidak langsung telah diterapkan dalam diri kanak-kanak. Keluarga yang mesra dan harmoni lebih menggalakkan pembentukan sahsiah yang sihat. Corak didikan ibu bapa yang bersifat demokratik akan membantu kanak-kanak dalam proses membuat keputusan.
Rakan sebaya Terdapat tiga cara utama bagaimana seseorang individu dapat dipengaruhi oleh rakan mereka. Pertama, anak-anak mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya apabila mereka ingin diterima atau disukai oleh kumpulan rakan mereka. Kedua, mereka terpengaruh dengan kepimpinan dan kemampuan rakan mereka. Ketiga, mereka ingin membuktikan kebolehan diri dan memperolehi pengakuan dan penghargaan rakan.
MASYARAKAT Masyarakat yang mempunyai nilai-nilai dan norma-norma yang sihat akan melahirkan anggotanya yang bertanggungjawab, berdedikasi, rajin dan sedia berkorban untuk menolong orang lain. Tetapi, masyarakat yang mementingkan kekayaan dan harta benda dengan mengenepikan nilai-nilai murni akan melahirkan lebih banyak insan yang mengejar harta benda dan kemewahan. Mereka sanggup melakukan tingkah laku yang melanggar undang-undang demi memperolehi kekayaan. Hal ini jelas menggambarkan bahawa bagaimana nilai masyarakat boleh menghasilkan sahsiah anak yang tidak diingini.
PENGALAMAN AWAL Pengalaman awal kanak-kanak memberi kesan yang besar terhadap kehidupan di kemudian hari semasa anaka tersebut melangkah ke peringkat dewasa. Kanak-kanak yang selalu dihukum kerana melakukan kesilapan akan menyebabkan kanak-kanak tersebut sentiasa merasa bimbang dan bersalah. Hal ini juga menyebabkan terbentuknya perasaan rendah diri dan terancam sehingga menjejaskan harga diri atau konsep kendiri kanak-kanak tersebut. Impak tersebut secara tidak langsung akan menjejaskan perkembangan sahsiah individu serta cenderung membentuk sahsiah kendiri yang negatif.
SEKOLAH Sekolah adalah agen sosialisasi yang berfungsi secara formal. Tindakan atau tingkah laku yang ditunjukkan oleh pengetua dan guru akan menjadi teladan kepada murid-murid di sekolah. Guru merupakan agen sosialisasi yang berpengaruh. Guru yang penyayang akan membentuk emosi murid-murid yang stabil.Sifat-sifat baik ini akan menjamin sahsiah yang sihat. Sebaliknya, guru yang tidak adil, pilih kasih atau suka memarahi murid-murid lebih cenderung melahirkan sahsiah murid-murid yang tidak baik. Persekitaran sekolah merupakan situasi yang menggalakkan pembangunan sahsiah berlaku. Suasana sekolah yang baik dapat membantu pembangunan sahsiah yang sempurna disebabkan terdapat bimbingan guru dan persekitaran yang menyenangkan.
MEDIA MASSA Filem dari Barat mempengaruhi tingkah laku anak. Internet yang mengandungi laman web lucah akan meruntuhkan akhlak remaja. Rancangan bebas yang disiarkan dalam televisyen mempengaruhi sahsiah anak.
PEMBENTUKAN SAHSIAH ANAK JAGALAH KEBERSIHAN PERSEKITARAN. BERI PERTOLONGAN YANG SESUAI. SAYANGILAH HAIWAN PELIHARAAN. HORMATI ORANG LAIN. PEKA PADA KEPERLUAN ORANG LAIN. JANGANLAH MEMBOHONG. FIKIRKAN AKIBAT TINGKAH LAKU SENDIRI. TOLONGLAH IBU BAPA.
BERI PERTOLONGAN YANG SESUAI SAYANGILAH HAIWAN PELIHARAAN
JAGALAH KEBERSIHAN PERSEKITARAN HORMATI ORANG LAIN JAGALAH KEBERSIHAN PERSEKITARAN
PEKA KEPADA KEPERLUAN ORANG LAIN FIKIRKAN AKIBAT TINGKAH LAKU SENDIRI
JANGAN BERBOHONG TOLONGLAH IBU BAPA
KESAN SAHSIAH NEGATIF Individu akan dipandang hina oleh masyarakat sekeliling. Hilangnya pegangan dan kepercayaan terhadap agama. Masyarakat akan sentiasa berprasangaka buruk terhadap individu berkenaan.
Pelbagai penyakit juga pasti akan wujud dan menular kiranya remaja pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka. Wujudnya tekanan perasaan dan emosi yang tinggi ke atas perbuatan yang telah dilakukan.
RUMUSAN Sahsiah anak perlu dibentuk mengikut tahap kefahamannya berdasarkan ajaran agama dan nilai budaya masyarakat. Pembentukan sahsiah perlu dipupuk sejak peringkat awal. Pembentukan sahsiah boleh mengekal kesinambungan budaya Malaysia dari generasi ke genarasi.
TERIMA KASIH!!!!!!