Disediakan oleh: Yong Nasharah bt. Lan Dahari Masni bt. Jamin

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
PENULISAN JURNAL TAKLIMAT PRAKTIKUM 12/20/ /20/2017
Advertisements

Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI
MESYUARAT KETUA PANITIA SEKOLAH RENDAH DAERAH TIMUR LAUT
Kesan Penggunaan Peta Minda Interaktif dalam Penulisan Cerita
PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PLBS)
Ini Pilihan Kami.
Laporan ULBS Bahasa Melayu 2008
EKSPOSITORI KARANGAN EKSPOSITORI.
KAJIAN TINDAKAN SEJARAH. KAJIAN TINDAKAN SEJARAH.
PENGGUNAAN DAN FUNGSI BAHASA
PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PLBS)
Pembelajaran tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan
DISEDIAKAN OLEH : NORDIANA BT MOHAMMED MOHAYADDIN KELAS : BM 4.11
TAKLIMAT KURSUS GURU PKJR TAHUN 2 &
KAJIAN TINDAKAN MEMBINA KABEL RANGKAIAN BERASASKAN HUKUM ALAM OLEH
KURSUS KELESTARIAN LINUS2.0 LITERASI BAHASA MALAYSIA TAHUN 1
Perkembangan Sosial.
SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK.
PENYEBARAN DOKUMEN STANDARD SEKOLAH RENDAH (DSKP) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHUN
Memahami tingkah laku manusia
KPT 6044 Ulasan Jurnal KESEDIAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK (E-LEARNING) DI KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DI INSTITUSI PENGAJIAN.
Disediakan oleh: Abdul Latif bin Ahmad IPG Kampus Tun Hussein Onn
3. Reka Bentuk Kurikulum Konsep Reka Bentuk Kurikulum
KOMUNIKASI.
PENGAJARAN MIKRO DAN PENILAIAN
ISU-ISU ULBS BAHASA MELAYU.
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
PENGAJARAN MIKRO.
Strategi Meningkatkan Pengajaran Kemahiran Mengarang
ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA
Kriteria Penskoran ULBS B. Melayu
INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA (ISD)
PENYELIAAN DAN BIMBINGAN
Memahami tingkah laku manusia
Penggunaan dan Fungsi Bahasa (BBM3401)
Memahami tingkah laku manusia
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PdP
Asas Psikologi & Kaunseling
FORMAT BARU PENTAKSIRAN BAGI MATA PELAJARAN
KURSUS ORIENTASI DSKP TAHUN 4
Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy and Numeracy Screening)
BAHASA MELAYU TINGGI(BBM3401) PEMBAKUAN BAHASA
Interaksi Dalam Bilik Darjah
ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA (BBM3401)
PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
UHAS 2092 KULIAH 11 PEMANTAUAN TERHADAP GOLONGAN PROFESIONAL (PENGUATKUASAAN PERATURAN, AUTONOMI, KOD ETIKA DAN PENDEKATAN BARU)
M14 FAKTOR MOTIVASI DAN PENGARUHNYA
TAJUK : PENYELIAAN DAN BIMBINGAN MOTIVASI
Taklimat Konsep Penilaian Pelaksanaan PPSMI 24 Mac 2008
PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PLBS)
MUHAMMAD FAIRUZ BIN ABDUL AZIZ P61711
Isu-isu Bahasa Melayu Adi Yasran Abdul Aziz.
KURSUS ORIENTASI DSKP TAHUN 4
KURSUS LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (SEJARAH SEKOLAH RENDAH ) 2016
PENYEBARAN DOKUMEN STANDARD SEKOLAH RENDAH (DSKP) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHUN
BAB 4(b) PERANCANGAN MELALUI OBJEKTIF
Sains Matematik TIMSS 2007 TIMSS 2011
Kurikulum tersirat.
NOOR HIDAYAH BT ABDUL KARIM M
AKTIVITI PENGAJARAN MIKRO PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK21)
Memahami tingkah laku manusia
FCE 3204 Kemahiran Berfikir
BBM 3401: Bahasa Melayu Tinggi
BBM 3401: Bahasa Melayu Tinggi
Aspek Bahasa dan Fungsi Bahasa
Transcript presentasi:

Disediakan oleh: Yong Nasharah bt. Lan Dahari Masni bt. Jamin Tajuk Kajian Sejauh manakah penggunaan bahasa baku di sekolah-sekolah oleh guru-guru bahasa Melayu Disediakan oleh: Yong Nasharah bt. Lan Dahari Masni bt. Jamin

Latar belakang kajian Bahasa Melayu sekarang sudah berusia lebih 2000 tahun (Asmah,1999). Jika dilihat dari sudut usianya bahasa Melayu sudah boleh dikelaskan sebagai bahasa yang mantap dan kukuh. Ini boleh dilihat daripada peranannya sebagai bahasa rasmi bagi negara kita., alat komunikasi dalam urusan rasmi dan tidak rasmi. Peranan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan pula tidak perlu dipertikaikan lagi, ia merupakan bahasa ilmu dan asas kepada perpaduan negara. Keyakinan negara dalam meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu adalah kerana bahasa ini sudah ada sistemnya yang tersendiri seperti ditulis oleh Rohizah Halim dan Sharifah Fazliyaton Shaik Ismail,2008 bahawa: ”Bahasa Melayu adalah bahasa yang mempunyai struktur dan bersistem, dengan asas yang padu dan kukuh ini, bahasa Melayu jelas sekali telah diperlengkapkan sebagai bahasa intelek dengan wibawa yang kukuh ”.

Namun sebagai bahasa yang hidup dan berkembang, bahasa Melayu khususnya bahasa Melayu baku menempuh banyak proses sejak zaman kesultanan Melayu lagi sehingga pada masa kini. Kini, bahasa Melayu baku menghadapi cabaran dan tekanan yang maha hebat ekoran arus pemodenan dan globalisasi. Penggiat bahasa risau, pendidik bimbang apatah lagi pejuang bahasa yang melihat kian hari bahasa Melayu kian tersisih. Kegagalan meletakkan bahasa Melayu ditempat yang sewajarnya memberi kesan kepada perlaksanaan bahasa Melayu baku dengan jayanya

Penyataan Masalah Bahasa yang maju ialah bahasa yang sudah mempunyai tradisi atau sistem tulisan dan bahasa itu sudah mempunyai bentuk atau ragam ‘baku’ yang mengatasi atau merentas dialek-dialek bahasa itu, dan terakhir, bahasa itu mempunyai ciri-ciri ‘modenisasi’. Namun begitu, semenjak perlaksanaan Bahasa Melayu baku di sekolah oleh mantan Menteri Pendidikan Malaysia, kesannya tidak begitu ketara malah ianya telah dilupakan kerana semenjak pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia banyak pihak khususnya di peringkat kabinet cuba menghilangkan legasi beliau seperti pemansuhan sebutan baku di kaca televisyen serta penukaran nama Kementerian Pendidikan kepada Kementerian Pelajaran.

Selain itu, guru-guru sendiri lebih selesa menggunakan bahasa dialek masing-masing kerana mereka berpendapat dengan menggunakan dialek masing-masing anak didik mereka akan lebih memahami apa yang diajar.

Persoalan kajian Adakah tuan-tuan dan puan-puan menggunakan bahasa baku semasa mengajar anak-anak didik tuan- tuan dan puan-puan? Berapa kerapkah penggunaan bahasa baku di dalam bilik darjah? Apakah kaedah yang terbaik bagi meningkatkan penggunaan bahasa Melayu baku di sekolah?

Objektif Kajian Kajian ini ingin melihat: Sejauh manakah guru-guru di sekolah menggunakan bahasa baku semasa pengajaran dan pembelajaran Apakah kaedah pengajaran guru-guru dalam menggunakan bahasa Melayu baku dalam pengajaran dan pembelajaran. Berapa peratuskah bahasa Melayu baku digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru sebagai penyampai dan pendidik perlu menguasai dan menggunakan bahasa baku sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah kajian Kajian ini dijalankan secara tinjauan Soal selidik akan digunakan sebagai instrumen kajian. Sampel akan dipilih secara rawak daripada rakan- rakan guru yang menggunakan laman sesawang “Facebook”.

Batasan kajian Kajian ini melibatkan rakan guru yang melayari laman sesawang ‘Facebook’ Kajian hanya memilih rakan secara rawak yang memberikan pandangan mereka dalam laman sesawang ‘Facebook’ Kajian ini dijalankan secara tinjauan dan soal selidik menggunakan instrumen yang disediakan.

Kepentingan kajian Perancangan bahasa telah berjalan sejak Malaysia merdeka lagi. Banyak rancangan telah dijalankan oleh pihak berkuasa dalam melestarikan perancangan bahasa yang dibuat. Walau bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, penggunaan bahasa baku di sekolah semakin terpinggir akibat penggunaan bahasa Inggeris dan ketidaksedaran penutur bahasa Melayu tentang penggunaan bahasa baku.

Kajian ini penting bagi melihat sejauh mana guru- guru menggunakan bahasa baku di sekolah walaupun penggunaan bahasa baku telah dimansuhkan di sekolah-sekolah sejak tahun 1990 bagi memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahasa ilmu dan juga bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Di samping itu, guru-guru mungkin akan sedar kesilapan yang mereka lakukan selama ini dengan menggunakan dialek masing-masing dalam P&P

Bahasa Melayu baku merupakan bahasa standard yang diguna pakai dalam semua bidang. Oleh itu kesungguhan guru-guru mengguna bahasa Melayu baku cuba ditinjau dalam kajian ini. Dalam pada itu kajian juga melihat halangan yang hadir dan mencari apakah langkah-langkah yang perlu bagi meningkat penggunaan bahasa Melayu baku dalam P&P.

Dapatan kajian - Cikgu Ahmad Shukri Penggunaannya tidak secara menyeluruh, masih terikat dengan dialek daerah masing-masing, agar murid dpt memahami isi pelajaran yang disampaikan. Namun saya amat bersetuju dengan perjuangan ahli- ahli bahasa untuk memartabatkan bahasa Melayu kerana hanya melalui penggunaan bahasa Melayu yang maksima dalam p&p saja akan dapat meningkatkan penguasaan para pelajar dan seharusnya untuk mencapai matlamat tersebut perlulah berrmula dari rebungnya dan berterusan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi

Dapatan kajian - Cikgu Saadiah Mula-mula kena pastikan definisi 'bahasa baku' dan 'sebutan baku'. Jangan keliru kerana kedua-dua aspek tersebut membawa konotasi yang berbeza. Bahasa baku ialah bahasa standard, mempunyai struktur yang lengkap dan sempurna dari segi sistem ejaan, tatabahasa, kosa kata dan lain-lain. Bahasa baku di Malaysia ialah bahasa Melayu. Bahasa Melayu baku mempunyai keseragaman dalam empat sistem yang utama iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Sebutan baku pula mencakup aspek fonologi sahaja. Menurut Awang Sariyan (2004), sebutan baku di Malaysia telah ditetapkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kali Ke-3 (1956) yang memutuskan bahawa sebutan baku ialah sebutan fonemik (berdasarkan ejaan) bukan berdasarkan kelaziman sebutan menurut dialek Riau-Johor. Pelaksanaan sebutan baku di institusi pendidikan khususnya sekolah berjalan serentak dengan KBSM (1988).

Sambungan… Sebagai cadangan, sebutan baku bahasa Melayu di sekolah boleh diaplikasikan dalam kemahiran lisan dan kemahiran membaca. Dalam Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS), galakkan murid menggunakan sebutan baku. Demikian juga dalam bacaan nyaring, melafazkan puisi, perbincangan dan sebagainya. Kecekapan penggunaan sebutan baku perlu diperkukuh melalui pengulangan. Yang penting, guru-guru bahasa Melayu mesti menggunakan sebutan baku, hindarkan dialek semasa P&P. Sebagai rujukan tambahan, Mas cuba cari bahan-bahan berikut: 1. Sebutan Baku Bahasa Melayu Berdasarkan Prinsip Fonemik (Asraf, 1988) 2. Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu (DBP, 1988) 3. Sebutan Baku Bahasa Melayu (Awang Sariyan, 1988) 4. Panduan Sebutan Baku Bahasa Melayu (BTP, 1988) 5. Daftar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu (DBP, 1991).

Dapatan kajian Cikgu Shakila Bila sebut tajuk bahasa baku, memang menarik. Pada suatu masa dahulu bahasa baku memang diperjuangkan sehinggakan rangkaian televisyen pun menggunakan bahasa baku. Apatah lagi pelajar-pelajar sekolah. Setiap pertandingan yang disertai diwajibkan berbahasa baku. Ini memberi kelebihan pada orang-orang utara... kitalah... guru-guru di sekolah pun cuba sedaya upaya merealisasikan hasrat ini. Apa yang berlaku pada masa sekarang adalah sebaliknya, Kadang kala pelajar sendiri tidak tahu apa itu bahasa baku. Pada masa sekarang, bahasa baku kurang dipraktikkan di sekolah kerana bahasa ibunda lebih 'mesra' dengan pelajar untuk memahami sesuatu yang diajar oleh guru. Bahasa baku akan dipraktikkan hanya dalam PLBS dan ULBS sahaja.

Dapatan kajian Cikgu Saruchi Sawal Penggunaan bahasa baku dari sudut lisan memerlukan sokongan daripada pihak berkuasa, jika tidak, ada sokongan dari pihak berkuasa tetapi tidak begitu ghairah. Cuba lihat berita TV3 sudah tidak berbahasa baku dari segi lisannya. Manakalah bahasa baku dari segi tatabahasa akan berkembang jika DBP terus diberikan keutamaan dalam memastikan penggunaan dalam masyarakat. Penggunaan dialek semasa mengajar perlu dielakkan, kepersisan bahasa Melayu akan lebih terserlah jika pembakuan lisan diamalkan dalam konteks pengajaran, bentuk komunikasi formal perlu diutamakan.

Dapatan kajian Cikgu Suriansah Rusmanan Mas... penggunaan bahasa melayu baku di peringkat sekolah oleh guru-guru terutama guru bahasa melayu sememangnya menggunakan bahasa baku semasa proses p&p, guru-guru tiada masalah mengajar menggunakan bahasa baku dan begitu juga pelajar boleh menerima penggunaan bahasa baku. apa yang menjadi masalah ialah asas pelajar sangat lemah kerana terbiasa dengan dialek tempatan yang sudah sebati dalam jiwa mereka semasa bertutur di rumah. Kedua, pelajar sekarang sangat kurang membaca, sekaligus perbendaharaan kata pelajar amat terhad. Pelajar kelas A dan B di sekolah saya tidak ada masalah untuk bertutur dan menulis menggunakan bahasa baku. untuk makluman pelajar di sekolah saya 90% pelajar bugis. Pencapaian PMR dan SPM subjek bahasa melayu melebihi 95%. TQ

Dapatan kajian Cikgu Norpishah pastinya guna bahasa baku 100% Cikgu Haris Husin 1. Saya berusaha sedaya upaya menggunakan bahasa baku semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. 2. Lazimnya, melebihi 80% mengikut keupayaan berbahasa pelajar kita, bakat dan potensi diri mereka perlu diambil kira agar mereka dapat mengikuti pelajaran dengan baik dari set induksi....pemeringkatan p&p....refleksi impak dan penutup. 3. Dalam pengajaran dan pembelajaran saya mengutamakan impak dan objektif tercapai, itu perkara penting. Selain itu, guru perlu bijak mengubahsuai teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran agar serasi@ sesuai dengan kebolehan pelajar yang kita ajar kerana 'pengajaran berpusat murid' dan 'belajar hingga faham'..inilah prinsip yang kita patut tahu dan patuh.

Dapatan kajian Cikgu Rosmadi Rasanya tidak sepenuhnya sebabnya dah biasa dengan longat Kedah ni, lagipun budak-budah mudah faham dengan bahasa seharian mereka...lainlah kalau mengajar kat KL tu! Cikgu NorHatini Ish... Kak Yong nie.... kita orang Utara nih... memang guna BM baku... Cikgu Dayang Fauziah tidak diwajibkan untk guna baku sekarang. sebutan baku kekadang leceh Cikgu Mahathir ya. 2. 50% 3. Sekeghat belut, sekeghat ulaq. kami ajar BI cg Yong...kn bt mcm tu la, kalau tidak budak2 x faham.

Dapatan kajian Cikgu Zuhirani Tidak kerana : - dipengaruhi oleh dialek daerah. - guru perlu mengajar subjek di dalam bahasa selain dari bahasa ibunda. contoh: Sains perlu diajar dalam BI. - tidak ada arahan yang mewajibkan guru perlu menggunakan bahasa baku sewaktu mengajar. Makanya, guru lebih selesa menggunakan bahasa/dialek yang selalu digunapakai. wallahualam. Hee Cikgu Ayuni Shakila sebagai guru di sekolah, dalam pengajaran saya memang menggunakan bahasa baku. Kalau nak ditunjukkan dalam peratus lebih kurang 80% menggunakan bahasa baku. Cikgu Jamil Tidak akan guna sepenuhnya. Akan guna 40%. Faktor murid yang kuat loghat kedaerahannya.