HUTANG (QARDH) Menurut istilah Fuqaha’: Memberi hak milik sesuatu barangan kepada orang lain dengan syarat orang tersebut memulangkan semula gantinya tanpa sebarang tambahan.
DALIL PENSYARIA’TAN HUTANG 1) Firman Allah s.w.t “Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipat gandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan” (Al-Baqarah: 245)
2) Dari Abu Hurairah r. a, Nabi s. a 2) Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang mengambil hak milik orang lain (berhutang) dan dia mahu membayarnya semula nescaya Allah akan membayarkan untuknya. Sesiapa mengambilnya untuk memusnahkannya (tidak mahu membayarnya) nescaya Allah akan musnahkannya (mengazabnya)” (Riwayat al-Bukhari no. 2257)
Dari Abu Hurairah r. a, Nabi s. a Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang melepaskan orang mukmin dari sesuatu kesengsaraan daripada kesengsaraan dunia nescaya Allah akan melepaskan daripadanya kesengsaraan pada hari kiamat, dan sesiapa yang memudahkan orang yang sedang dalam kesulitan nescaya Allah akan memberi kemudahan kepadanya di dunia dan akhirat” (Riwayat Muslim)
3) Ijamk Ulama Seluruh umat Islam telah mengamalkan sistem ini semenjak zaman Rasulullah s.a.w sehinggalah zaman kita ini. Para ulama pula telah menerima sistem ini dan tiada seorangpun yang menentangnya.
HIKMAH PENSYARIA’TAN HUTANG Dapat mewujudkan suasana tolong menolong. Mengukuhkan hubungan persaudaraan sesama umat Islam. Dapat membentuk sifat musyarakah dalam menyelesaikan masalah. Dapat menghalang manusia mengambil kesempatan daripada kesusahan orang lain.
HUKUM MEMBERI HUTANG Hukum Asal memberi hutang: Sunat. Meminta untuk berhutang: Harus Hukum ini akan berubah bergantung kepada niat dan keadaan orang yang berhutang: Haram: Jika untuk tujuan yang diharamkan. Makruh: Jika untuk tujuan tidak bermanfaat. Wajib: Jika orang yang berhutang amat memerlukannya.
RUKUN HUTANG Sighah Kontrak Hutang Harta/Barang yang diberikan sebagai hutang Pihak yang mengikat kontrak (Pemiutang dan Penghutang)
PIHAK YANG MENGIKAT KONTRAK Waras : Sudah baligh dan berkelayakan melaksanakan perintah agama dan menguruskan harta. Pilihan sendiri : Tidak dipaksa. Pemiutang mampu menyerahkan hutang.
SIGHAH KONTRAK HUTANG Sighah penting dalam kontrak hutang kerana menjadi bukti kerelaan dan persetujuan kedua-dua pihak. Tidak memadai dengan hanya hulur-menghulur. Tidak ada perantaraan antara ijab dan kabul. Dalam hutang diperlukan “surat hutang” sebagai bukti untuk menghindarkan kemungkinan timbul pertengkaran dikemudian hari.
SYARAT HUTANG Semua barang yang boleh dimiliki secara jual beli. Kadar hutang diketahui ketika akad dibuat, sama ada dalam bentuk sukatan, bilangan, atau ukuran supaya barang ini boleh dipulangkan seumpama dengannya. Hutang tersebut mestilah satu jenis dan tidak bercampur dengan jenis yang lain.
HUTANG ROTI Para ulama membenarkan penghutangan roti sama ada mengikut berat atau bilangan kerana perbuatan ini telah diamalkan smeenjak zaman-berzaman tanpa sebarang bantahan. Jadi, roti dikecualikan daripada barangan yang bercampur dan tanpa spesifikasi.
BILAKAH HUTANG DITUNTUT ? Pemiutang berhak menuntut hutang pada bila-bila masa selepas penghutang menerima barangan tersebut. Ini kerana menurut hukum hutang, penghutang diwajibkan memulangkan semula hutang pada ketika pemiutang menuntutnya semula.
MENSYARATKAN DALAM KONTRAK HUTANG Syarat yang boleh membatalkan kontrak hutang Syarat yang tidak diterima pakai dan tidak membatalkan kontrak hutang
SYARAT YANG BOLEH MEMBATALKAN kONTRAK HUTANG Contoh: Pemiutang memberikan hutang dengan syarat terdapat bayaran tambahan atau, dengan syarat penghutang pulangkan barangan yang baik sebagai ganti kepada barang yang tidak baik dan sebagainya. Hukum ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w “Semua hutang yang membawa keuntungan adalah riba” (Riwayat al-Tabrani) Menurut kitab Mughni al-Muhtaj walaupun hadis ini daif, tetapi al-Baihaqi telah meriwyatkan hadis ini daripada beberapa orang sahabat.
Apabila penghutang membayar hutang lebih daripada hutang asal, ataupun penghutang memberikan hadiah sebagai tambahan kepada bayaran hutang (yang tidak disyaratkan dalam kontrak hutang) dan bukan menjadi amalan yang diguna pakai (uruf), apakah hukum tindakan ini ?
Beberapa perkara perlu dilihat: Jika manfaat tersebut diberikan sebelum hutang dibayar sepenuhnya, adalah lebih baik jika ia ditolak. Kecuali jika amalan bertukar-tukar manfaat tersebut telah menjadi kebiasaan kedua-dua pihak sebelum kontrak hutang dilakukan.
Pendapat ini berpandukan hadis yang diriwayatkan daripada Anas r Pendapat ini berpandukan hadis yang diriwayatkan daripada Anas r.a yang pernah ditanya: Seorang lelaki di kalangan kami telah memberikan suatu barangan sebagai hutang kepada saudaranya, lalu saudaranya itu memberikannya hadiah. Anas menjawab: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Apabila seseorang di kalangan kamu memberikan hutang lalu orang yang berhutang memberikannya hadiah atau orang itu membawanya menaiki kendaraan, janganlah dia naik atau menerimanya kecuali jika perbuatan itu telah pun biasa berlaku antara mereka sebelum itu” (Riwayat Ibnu Majah no. 2432)
Hukum makruh ini juga akan dikecualikan jika pemiutang turut memberi hadiah kepada penghutang sebagai membalas (mengimbangi) manfaat yang diberikan oleh penghutang.
Jika manfaat tersebut diberikan selepas hutang dibayar, tindakan ini tidak salah dan pemiutang tidak dimakruhkan untuk mengambilnya kerana hutang tersebut telah selesai dibayar. Malah, penghutang digalakkan berbuat demikian kerana mencontohi perbuatan dan juga perintah Rasulullah s.a.w yang menyuruh umat Islam membayar hutang mereka dengan cara yang terbaik. Perbuatan ini adalah salah satu perbuatan yang baik.
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan, Jabir r Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan, Jabir r.a berkata: “Suatu ketika saya datang menemui Nabi s.a.w. Ketika itu Baginda berhutang dengan saya, lalu Baginda membayar hutangnya dan Baginda membayar lebih kepada saya” (Riwayat al-Bukhari no. 2264, Muslim)
Hadis Abu Rafi’, hamba Rasulullah s. a. w : “Nabi s. a Hadis Abu Rafi’, hamba Rasulullah s.a.w : “Nabi s.a.w berhutang seekor unta muda daripada seorang lelaki. Selepas itu Baginda menerima unta sedekah (Zakat). Lantas Baginda meminta Abu Rafi’ membayar semula seekor unta muda kepada lelaki tadi tetapi Abu rafi’ kembali sambil berkata: Saya tidak jumpa dan yang ada hanya unta rabaie. Baginda bersabda: Berikanlah unta itu kepadanya. Manusia terbaik ialah manusia terbaik dalam membayar hutangnya” (Riwayat Muslim no. 1600. Diriwayatkan juga oleh al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a no. 2183)
Perkara ini hanya dibenarkan dengan syarat tindakan penghutang memulangkan hutang bersama bayaran tambahan atau memberikan sesuatu manfaat kepada pemiutang sebelum hutang sebenar dijelaskan tidak menjadi amalan (uruf) orang ramai. Jika perbuatan tersebut menjadi amalan orang ramai atau menjadi amalan penghutang, mengikut pendapat yang kuat (aujah), makruh menerima manfaat ini kerana amalan ini boleh diibaratkan seperti syarat.
SYARAT YANG TIDAK DITERIMA PAKAI DAN TIDAK MEMBATALKAN KONTRAK HUTANG Contohnya: Diletakkan syarat supaya penghutang memulangkan barangan yang cacat sebagai ganti kepada barangan yang sempurna, atau pun barangan yang tidak elok untuk barangan yang elok. Atau pun syarat mewajibkan penghutang meminjamkan pula barangan tersebut kepada orang lain.
Syarat-syarat seperti ini tidak diterima pakai dan tidak perlu dilaksanakan. Pendapat yang paling sahih (asah) mengatakan syarat seperti ini tidak membatalkan kontrak kerana syarat-syarat seperti ini hanya mengukuhkan lagi hasrat asal hutang iaitu melahirkan simpati. Syarat-syarat seperti ini tidak sedikit pun membawa manfaat kepada pemiutang. Sebaliknya semua manfaat tersebut diperolehi oleh penghutang. Seolah-olah tindakan pemiutang lebih bertujuan membantu penghutang.
SYARAT YANG PERLU DILAKSANAKAN Syarat yang perlu dilaksanakan ialah syarat-syarat yang ditetapkan bertujuan untuk mengukuhkan lagi kontrak tersebut dan mengesahkan hak pihak yang terbabit. Contohnya: Syarat yang menetapkan perlu disertakan gandaian atau penjamin atau saksi bagi kontrak tersebut, atau kontrak tersebut mesti disokong oleh hakim atau wujud catatan bagi penghutang tersebut.
Semua syarat-syarat seperti ini dibenarkan. Pemiutang berhak meletakkan syarat-syarat seperti ini kerana syarat-syarat ini mengukuhkan lagi kontrak tersebut dan bukan sebagai syarat tambahan.
Al-Bukhari meriwayatkan daripada Anas r. a “Nabi s. a Al-Bukhari meriwayatkan daripada Anas r.a “Nabi s.a.w telah menggadaikan sebuah perisai miliknya di Madinah kepada seorang yahudi supaya Baginda memperolehi barli untuk keluarga Baginda” (Riwayat al-Bukhari no. 1963) Penghutang perlu memenuhi syarat-syarat ini dan jika syarat-syarat ini tidak dipenuhi, pemiutang boleh membatalkan kontrak tersebut.