STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR (2)

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN Disediakan oleh: Shahwiran Shahrany / TESL K1.2.
Advertisements

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
ILLUMINATIVE MODEL PENILAIAN PROGRAM. PENGENALAN Diperkenalkan oleh Malcom Parlett dan Hamilton (1976) Tokoh yang paling menonjol dalam model ini ialah.
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
PENGURUSAN PANITIA.
PENDIDIKAN KHAS MAS ‘ANI BINTI AHMAD L
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) BAGI GURU SEJARAH TINGKATAN 5
Proses dalam Lesson Study
Pembelajaran dan Pengajaran (PdP)
a)INDUKSI SET/SET INDUKSI
Rancangan Orientasi Sekolah (ROS), Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional, UTHM Sem 2 – Sesi 2016/2017 Dr. Azman Bin Hasan.
PENGURUSAN PANITIA.
KPR :4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
TEORI-TEORI PEMBELAJARAN
PENCERAPAN KLINIKAL.
KAJIAN TINDAKAN SEJARAH. KAJIAN TINDAKAN SEJARAH.
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
APA ITU JADUAL SPESIFIKASI UJIAN ( JSU )
Pembelajaran Secara Kontekstual
RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
TAKLIMAT KURSUS GURU PKJR TAHUN 2 &
KAJIAN TINDAKAN MEMBINA KABEL RANGKAIAN BERASASKAN HUKUM ALAM OLEH
FACE TO FACE TWO.
PENILAIAN DAN REKOD PERKEMBANGAN MURID
Disediakan oleh: Abdul Latif bin Ahmad IPG Kampus Tun Hussein Onn
3. Reka Bentuk Kurikulum Konsep Reka Bentuk Kurikulum
Pembelajaran Secara Masteri dan Konstruktivisme
Guru kreatif Menguruskan P & P Secara Sistematik & Berkesan
KOMUNIKASI.
FORMAT KERTAS SAINS UPSR 2016 Science 038 BY EN.P.NADARAJAN
PENGAJARAN MIKRO DAN PENILAIAN
EDU 3105 BAB 4 Perancangan, Pemilihan, Penghasilan dan Penilaian
3. Reka Bentuk Kurikulum Sumber-Sumber Reka Bentuk Kurikulum
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
PENGAJARAN MIKRO.
Strategi Meningkatkan Pengajaran Kemahiran Mengarang
Bahagian Pendidikan Guru 2006
TAJUK : CABARAN MAHASISWA
KAJIAN TEMPATAN APA ITU KERJA KURSUS
5. Pelaksanaan Kurikulum Dalam Bilik Darjah/Pengajaran
Rancangan pengajaran harian
PSV3109 MULTIMEDIA KREATIF DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL
Pembuatan Keputusan dan Penyelesaian Masalah
Tajuk: Adat Perkahwinan Melayu
Topik 8 : Kemahiran Berfikir ? ? .
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PdP
KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF
Program PJJ Bersemuka 1 (27 Feb.2016)
Pembuatan Keputusan dan Penyelesaian Masalah
Interaksi Dalam Bilik Darjah
TOPIK 7 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
PENAKSIRAN PEMBELAJARAN
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Mesyuarat Pengurusan Profesional IPGM KPM Bil 1/2015
Edup 3033 Murid dan pembelajaran
LIYANA BT LAILY NURUL IRSALINA BT AHMAD
Skop Perbincangan Fenomena perisian kursus bahasa Melayu.
KEPELBAGAIAN PELAJAR (KPD 4033)
MATAPELAJARAN SEJARAH ROHANI BINTI MAT SALLEH
TOPIK 4 KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI
KURSUS LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (SEJARAH SEKOLAH RENDAH ) 2016
PENGURUSAN SUMBER MODUL: Pembangunan Courseware Berasaskan Contoh
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
PENGHUBUNGKAITAN PENGENALAN
Elemen Pengajaran yang Baik
Komuniti Pembelajaran Profesional PLC: VIDEO CRITIQUE
AKTIVITI PENGAJARAN MIKRO PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK21)
FCE 3204 Kemahiran Berfikir
Transcript presentasi:

STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR (2)

Strategi pengajaran kemahiran berfikir Dua pendekatan pengajaran berfikir telah dibincangkan Pendekatan terpisah merujuk kepada sesuatu kemahiran berfikir disampaikan secara berasingan iaitu tanpa menggunakan isi kandungan mata pelajaran Pendekatan gabungan merujuk kepada pengajaran kemahiran berfikir yang digabungkan ke dalam pengajaran isi kandungan mata pelajaran

Strategi pengajaran kemahiran berfikir Satu lagi pendekatan dipanggil pendekatan penyebatian (infusion) Pendekatan dimana guru menyepadukan pengajaran yang eksplisit tentang proses dan kemahiran berfikir dalam pengajaran konten subjek yang diajar Terdapat dua bentuk penyebatian Penyebatian separa Penyebatian sepenuh

RANGKA KULIAH Strategi terpisah, gabungan & penyebatian Strategi pengajaran penyebatian Struktur dan langkah-langkah pengajaran KBKK secara penyebatian Penyebatian separa Langkah-langkah dalam penyebatian separa Contoh Model pengajaran secara penyebatian

Pendekatan gabungan vs pendekatan penyebatian Kedua-dua pendekatan gabungan dan penyebatian merujuk kepada pendekatan yang menggabungkan pengajaran kemahiran berfikir dengan pengajaran isi kandungan mata pelajaran

Pendekatan gabungan vs pendekatan penyebatian Pendekatan penyebatian merujuk kepada pengajaran kemahiran berfikir yang diajar disepadukan dengan isi kandungan mata pelajaran. Perbezaan utama dengan kaedah gabungan ialah, melalui kaedah ini, kemahiran berfikir diajar secara eksplisit dan diaplikasikan dalam situasi harian serta dikukuhkan dengan sesi refleksi metakognitif Dengan lain perkataan, ia membabitkan pengajaran berfikir tentang berfikir (thinking about thinking)

Strategi pengajaran kemahiran berfikir Bolehkah anda mengenal pasti ketiga-tiga pendekatan tersebut? Bagaimana anda mengenal pasti ketiga-tiga pendekatan tersebut?

Refleksi metakognitif Prosedur kognitif yang digunakan: Kumpul maklumat tentang setiap pendekatan (ingat semula) Senaraikan maklumat setiap pendekatan Semak konsistensi maklumat dengan pendekatan Nyatakan dapatan/kesimpulan

Strategi pengajaran kemahiran berfikir Pendekatan mana diajar sekali dengan mata pelajaran di sekolah? Apakah perbezaan utama antara pendekatan gabungan dengan pendekatan penyebatian?

Fikirkan… Apakah kelebihan dan kekurangan pengajaran berfikir diajar secara: Terpisah Gabungan Penyebatian???

Kursus berasingan / digabung dengan kursus lain? Adakah kemahiran berfikir diajar sebagai satu kursus terpisah atau digabung dengan kursus lain? Kedua-dua pendekatan mempunyai kekuatan dan limitasi tersendiri Jadi apakah pilihan kita??

KBKK di sekolah-sekolah di Malaysia Berdasarkan keadaan kurikulum di sekolah-sekolah pada hari ini, strategi yang dicadangkan untuk pengajaran KBKK ialah kaedah penyebatian. Kaedah ini lebih baik berbanding diajar dalam setting berasingan yang bebas daripada isi mata pelajaran (content-free) ……

Strategi pengajaran kemahiran berfikir Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran berfikir diajar secara eksplisit? Soalan-soalan metakognisi diajukan kepada pelajar selepas aktiviti berfikir secara aktif dijalankan oleh pelajar

Contoh: Selepas tanya pelajar: Bolehkah anda mengenal pasti ketiga-tiga pendekatan tersebut? Tanya mereka: Bagaimanakah anda mengenal pasti ketiga-tiga pendekatan tersebut? Lepas tu bincangkan jawapan mereka dan simpulkan Kumpul maklumat tentang setiap pendekatan (ingat semula) Senaraikan maklumat setiap pendekatan Semak konsistensi maklumat dengan pendekatan Nyatakan dapatan/kesimpulan

Struktur pengajaran KBKK secara penyebatian Sumber: McGuiness et.al. 2003

Struktur pengajaran KBKK secara penyebatian Fasa 1: Pengenalan pengajaran Tujuan/objektif pelajaran dari segi konten dan kemahiran berfikir Fasa 2: Aktiviti berfikir secara aktif Tugasan berfikir dan soalan & perbincangan Fasa 3: Thinking about thinking Refleksi metakognisi, perbincangan dan penilaian Fasa 4: Aplikasi kemahiran berfikir Membuat kaitan –pemindahan pembelajaran

Aktiviti berfikir dalam pengajaran Fikirkan contoh-contoh aktiviti berfikir secara aktif yang anda jalankan dalam pengajaran anda….. Kenal pasti objektif pengajaran isi kandungan anda Kenal pasti aktiviti berfikir yang digunakan untuk mencapai objektif pengajaran tersebut

Soalan kognisi dan metakognisi digunakan dalam fasa kedua Menggalakkan aktiviti berfikir secara aktif Soalan metakognisi digunakan dalam fasa ketiga untuk menggalakkan pelajar memikirkan tentang proses pemikiran yang telah dilalui Gunakan kaedah refleksi metakognitif

Contoh aktiviti berfikir 1 Contoh aktiviti berfikir secara aktif dalam pengajaran Objektif pengajaran isi kandungan: mengenal pasti piramid makanan Mengkelaskan makanan mengikut jenis Kenal pasti aktiviti berfikir yang digunakan untuk mencapai objektif pengajaran tersebut Mencirikan Mengkategori

Soalan kognisi dan metakognisi Contoh soalan kognisi Apakah jenis-jenis makanan yang terdapat dalam piramid makanan? Apakah contoh-contoh makanan bagi setiap jenis makanan dalam piramid makanan? Contoh soalan metakognisi Bagaimanakah kamu mengenal pasti jenis-jenis makanan yang terdapat dalam piramid makanan? Bagaimanakah anda mengenal pasti contoh-contoh makanan dalam piramid makanan

Prosedur kognitif mencirikan (pakar) Fahami item Senaraikan ciri item Cari maklumat tambahan dari sumber lain (bahan bacaan, bayangkan Tambah senarai

Prosedur kognitif mengkategori (pakar) Lihat keseluruhan data Kumpulkan data ikut kategori Semak konsistensi Nyatakan kesimpulan

Contoh aktiviti berfikir 2 Contoh aktiviti berfikir secara aktif dalam pengajaran Objektif pengajaran isi kandungan: Menyenaraikan pelbagai cara menjaga kebersihan persekitaran Kenal pasti aktiviti berfikir yang digunakan untuk mencapai objektif pengajaran tersebut Menjana idea

Soalan kognisi dan metakognisi Contoh soalan kognisi Senaraikan cara-cara menjaga kebersihan persekitaran Contoh soalan metakognisi Bagaimanakah anda menjana idea untuk menyenaraikan cara-cara menjaga kebersihan persekitaran?

Prosedur kognitif menjana idea (pakar) Menjana idea secara individu: Kenal pasti idea yang hendak dijana Fikirkan idea tersebut Tuliskan Jangan nilai dulu Kelaskan idea Nilaikan idea-idea tersebut Tuliskan idea yang terpilih mengikut cara yang sesuai

Prosedur menjana idea (pakar) Menjana idea secara kumpulan: Tuliskan semua idea yang diberikan oleh ahli-ahli Jangan nilai idea tersebut dahulu Bincangkan setiap idea dan nilaikan setiap satu Pilih idea yang sesuai

Contoh aktiviti berfikir 3 Contoh aktiviti berfikir secara aktif dalam pengajaran Objektif pengajaran isi kandungan: Mengenal pasti persamaan dan perbezaan antara haji dan umrah Kenal pasti aktiviti berfikir yang digunakan untuk mencapai objektif pengajaran tersebut Membandingbeza

Soalan kognisi dan metakognisi Contoh soalan kognisi Bandingkan antara haji dan umrah Contoh soalan metakognisi Bagaimanakah kamu membandingkan antara haji dan umrah? Bagaimana kamu mendapat jawapan perbandingan antara haji dan umrah?

Prosedur kognitif membanding beza (pakar) Kenal pasti ciri-ciri item yang dibandingkan Kenal pasti apa yang sama Kenal pasti apa yang berbeza Semak konsistensi Nyatakan dapatan/kesimpulan

Perancangan untuk penyebatian Kenal pasti tajuk dalam mata pelajaran atau isi yang hendak disampaikan kepada pelajar. Kemudian, kenal pasti pula bahan dan kemahiran berfikir yang sesuai dengan tajuk atau isi yang telah ditentukan Kenal pasti kemahiran berfikir atau proses berfikir terlebih dahulu. Kemudian kenal pasti pula bahan atau tajuk dalam mata pelajaran atau isi yang sesuai untuk disampaikan

Perancangan untuk penyebatian Pengajaran KBKK secara penyebatian Kenal pasti Kenal pasti Tajuk isi Kandungan / masalah KBKK Bahan Bahan KBKK Tajuk isi Kandungan / masalah Pengajaran KBKK secara penyebatian

Langkah-langkah pengajaran KBKK secara penyebatian (KPM) Perkenalkan kemahiran, proses berfikir dan isi kandungan Gunakan rangsangan sebagai panduan, latihan atau aktiviti Kemukakan soalan-soalan untuk refleksi dan metakognitif Kukuhkan kemahiran dengan latihan-latihan tambahan Aplikasi kemahiran dalam situasi harian

Aspak-aspek yang perlu diberi perhatian setiap langkah Langkah 1: Perkenalkan kemahiran, proses berfikir dan isi kandungan Set induksi yang berkaitan dengan tajuk Perkenalkan kemahiran-kemahiran dan proses berfikir Kaitkan isi kandungan dengan kemahiran berfikir atau sebaliknya

Aspak-aspek yang perlu diberi perhatian setiap langkah Langkah 2(Aktiviti berfikir): Gunakan rangsangan sebagai panduan, latihan atau aktiviti Bahan daripada prosa, puisi atau grafik Alat seperti OHP, pita video, radio kaset ,TV dll Arahan atau perbincangan tentang isi kandungan dan KBKK Latihan/aktiviti yang sesuai dengan KB yang sedang diajar ch: CORT 1, soalan dan pnggunaan borang pengurusan grafik yang sesuai

Aspak-aspek yang perlu diberi perhatian setiap langkah Langkah 3 (thinking about thinking): Kemukakan soalan-soalan untuk refleksi dan metakognitif Soalan-soalan tentang proses pemikiran yang telah dilalui Bagaimanakah mereka mempelajarinya? Bagaimanakah mereka berfikir untuk mencari jawapan Bagaimanakah apa yang dipelajari boleh digunakan di masa depan/ dalam situasi mana?

Aspak-aspek yang perlu diberi perhatian setiap langkah Langkah 4: Kukuhkan kemahiran dengan latihan-latihan tambahan Latihan untuk mengukuhkan kemahiran berfikir dan isi kandungan yang baru dipelajari Penggunaan pengurusan grafik yang berkaitan dengan pelbagai rangsangan yang sesuai untuk mengukuhkan isi pelajaran/KB yang dipelajari

Aspak-aspek yang perlu diberi perhatian setiap langkah Langkah 5: Aplikasi kemahiran dalam situasi harian Situasi harian yang sesuai dengan kemahiran berfikir dan isi kandungan Penggunaan pengurusan grafik yang sesuai dengan aktiviti

Penyebatian separa Penyebatian separa merupakan strategi pengajaran yang menyepadukan sebahagian daripada unsur KBKK dalam langkah-langkah pengajaran yang sesuai Biasanya digunakan setelah murid didedahkan dengan kemahiran berfikir yang sama pada beberapa pelajaran sebelumnya

Langkah-langkah Penyebatian separa langkah-langkah Pengajaran P. Penuh P. Separa Pilihan 1 2 3 4 5 L1: Isi kandungan : KBKK L 2: Isi kandungan KBKK Langkah 3 (Ref M) L4 : Isi kandungan Langkah 5 /

Contoh kaedah pengajaran M/pel: PJK kelas: Ting 2 Topik: Kebersihan persekitaran Objektif: Menyenaraikan pelbagai cara menjaga kebersihan persekitaran Menjelaskan kepentingan persekitaran yang bersih Objektif KBKK : menjana idea Nilai: Bekerjasama dan menghormati idea orang lain

Contoh kaedah pengajaran Langkah 1 Bincangkan cara menjaga kebersihan persekitaran di rumah /sekolah Bincangkan konsep menjana idea alternatif Tanya banyak soalan tentang masalah dan bagaimana menyelesaikannya Langkah 2 Gunakan bahan yang sesuai untuk meransang pemikiran pelajar - gambar-gambar, keratan akhbar

Contoh kaedah pengajaran Langkah 3: Refleksi metakognitif Tanya soalan bagaimana mereka menjana idea (Proses pemikiran : Bagaimanakah anda menjana idea tentang cara-cara menjaga kebersihan ) Langkah 4: Peneguhan Beri latihan lain yang berkaitan Langkah 5: Aplikasi - Gunakan langkah menjana idea dalam situasi baru yang berkaitan dengan isu persekiatran – contohnya bagaimana mendidik orang ramai tentang cara-cara mengurus sampah

Prosedur kognitif menjana idea Kenal pasti idea yang hendak dijana Fikirkan idea tersebut Tuliskan Jangan nilai dulu Kelaskan idea Nilaikan idea-idea tersebut Tuliskan idea yang terpilih mengikut cara yang sesuai

Apakah ciri penting dalam kaedah penyebatian??? Kemahiran berfikir diajar secara eksplisit dalam pengajaran isi kandungan mata pelajaran

Rumusan Pengajaran secara penyebatian mengandungi: Pengenalan Aktiviti berfikir secara aktif Aktiviti “thinking about thinking” Mengaplikasikan kemahiran berfikir yang dipelajari Pelajar seharusnya bukan sahaja memahami isi kandungan mata pelajaran yang diajar tetapi juga proses berfikir yang terlibat

Selamat mengajar berfikir