BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU Dr. Norazlina Hj. Mohd. Kiram Pensyarah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia
PEMEROLEHAN BAHASA
Proses pemerolehan dan penguasaan bahasa kanak-kanak merupakan satu perkara yang menakjubkan. Kanak-kanak menguasai sistem linguistik dengan pantas walaupun tidak mendapat pendidikan formal.
Mangantar Simanjuntak (1982) menyatakan pemerolehan bahasa kanak-kanak berlaku secara tidak formal/tidak langsung. Aktif dalam lingkungan umur 2 hingga 6 tahun. Kanak-kanak berupaya memahami sistem linguistik bahasa pertama sebelum menjangkau usia 5 tahun walaupun rangsangan bahasa yang diterima tidak teratur dan terhad.
Teori Pemerolehan Bahasa Secara empirikal, terdapat dua teori utama yang membincangkan bagaimana seseorang itu memperoleh bahasa. Teori pertama: bahasa diperoleh secara alamiah atau nurani (Hipotesis Nurani). Teori kedua: bahasa diperoleh secara dipelajari.
Tiga Teori Pemerolehan bahasa yang akan dibincangkan, ialah: 1. Teori Behavioris atau Mekanis 2. Teori Biologis atau Kognitif 3. Teori Interaksional
Teori Behavioris atau Mekanis Pelopor teori ini ialah ahli-ahli psikologi seperti Skinner, Pavlov dan Thorndike. Menurut teori ini: pembelajaran merupakan satu proses bagi membentuk kebiasaan. Ia terjadi daripada perhubungan antara perangsang (stimulus) dengan gerak balas (respons). mementingkan persekitaran kanak-kanak atau murid.
Kanak-kanak mempelajari bahasa melalui hukuman dan ganjaran. Apabila gerak balas itu betul, maka subjek diberi ganjaran (hadiah) dan apabila salah subjek dihukum. Sesuatu gerak balas akan diulangi jika diikuti dengan ganjaran. Sesuatu gerak balas yang diikuti dengan peneguhan yang positif juga akan lebih diulangi. Sesuatu gerak balas yang sering diulangi akan membentuk kebiasaan.
Contoh: Seorang kanak-kanak bertutur kerana ada orang bercakap dengannya (rangsangan) atau pun dia terpaksa bertutur bagi memenuhi keperluan sendiri (makanan dan minuman). Apabila ada gerak balas, kanak-kanak akan mendapat (ganjaran). Dalam proses pemerolehan bahasa, ibu bapa menggunakan pelbagai cara untuk meneguhkan gerak balas bahasa yang betul seperti memberi senyuman, kata pujian, menganggukkan kepala dan sebagainya. Apabila perkataan-perkataan tersebut sering diulang maka kanak-kanak akan cepat mempelajarinya.
Hakikatnya, Pembelajaran akan berlaku jika ada rangsangan dan tindak balas yang berulang-ulang. Tingkah laku mempunyai hubungan dengan pengukuhan. Jika sesuatu tingkah laku itu diikuti dengan pengukuhan positif, maka tingkah laku itu pasti akan diulang-ulang. Sebaliknya, jika tingkah laku itu diikuti dengan pengukuhan negatif, maka pelaziman tidak akan terbentuk dan tingkah laku tidak akan diulang-ulang.
Pengukuhan terbahagi kepada tiga, iaitu: Pengukuhan positif cth: seorang kanak-kanak ditanya (rangsangan) mengenai ciri yang ada pada buah durian dan dia menerangkan tentang buah durian tersebut (gerak balas). Jawapan yang diberikan akan menghasilkan ganjaran (pengukuhan positif).
Pengukuhan negatif rangsangan yang menyakitkan berikutan sesuatu tingkah laku. Dengan meninggalkan tingkah laku itu akan menghasilkan satu keadaan yang menyenangkan atau tidak menerima kesakitan. cth: kanak-kanak yang berinteraksi dengan kakaknya (rangsangan) telah menggunakan bahasa yang tidak santun (gerak balas). Dia kemudiannya menerima hukuman daripada ibu (dirotan) dan ia mengakibatkan kesakitan (pengukuhan negatif). Pengukuhan negatif hendaklah berlaku serta merta akibat daripada sesuatu tingkah laku bagi mengelakkan kesannya berkurangan.
Tiada pengukuhan Jika sesuatu tingkah laku itu tidak diberikan pengukuhan negatif atau positif, tingkah laku itu tidak akan mendapat perhatian dan pelaziman tingkah laku tidak akan tercapai. Kanak-kanak tidak dapat membezakan antara perkara baik dengan tidak baik.
Kekuatan: Sesuai untuk melatih kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan daripada orang dewasa. Menekankan kemahiran lisan berbanding kemahiran membaca dan menulis. Memberikan kelebihan kepada murid-murid dalam menerapkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Kelemahan: Pembelajaran hanya berlaku apabila murid menerima rangsangan daripada luar. Cth: memerlukan alat bantu mengajar. Guru mesti bersama murid supaya aspek ganjaran dan hukuman dapat diaplikasikan. Kurang menekankan aspek pembelajaran secara kendiri.
Teori Biologis / Kognitif Ahli psikologi terkenal yang mengkaji teori ini antaranya ialah Noam Chomsky, Piaget, Lakoff dan Lenneberg. Menekankan fungsi mental. Pemerolehan bahasa bukan pada asuhan (nurture) tetapi pada alamiah (nature). Cth: - deria motor, pra-operasi, operasi konkrit dan operasi formal.
Kanak-kanak sejak lahir sudah dibekalkan dengan sebuah alat yang dinamakan Peranti Pemerolehan Bahasa (Language Acquisition Device)
Pemerolehan bahasa berlaku berasaskan fungsi otak dan kebolehan semulajadi alat artikulator manusia. Manusia memiliki otak (mental) dan saraf yang tinggi yang membolehkannya mempelajari pelbagai perkara. Proses mental membolehkan kanak-kanak menyerapkan pengetahuan yang sedia ada dalam otaknya dengan data-data yang diperolehi daripada persekitaran.
Manusia sejak lahirnya sudah memiliki kemampuan untuk memperoleh sistem komunikasi, iaitu bahasa melalui Jentera Penguasaan Bahasa (Chomsky, 1965). Kanak-kanak yang terdedah kepada sesuatu bahasa itu memiliki keupayaan semula jadi untuk merumus dan membentuk hukum tatabahasa. Namun, tanpa pendedahan, penguasaan bahasa tidak akan berlaku kerana Jentera Penguasaan Bahasa tidak mendapat sebarang bahan untuk diproses.
Dalam keadaan yang normal, kadar perkembangan mental kanak-kanak pada satu peringkat umur adalah sama. Secara asasnya, tahap keupayaan pemerolehan bahasa terbahagi kepada empat (Piaget), iaitu: i. kelahiran sehingga 2 tahun yang dinamakan sensori motor. Kanak-kanak akan mendengar bunyi di sekelilingnya dan merakamkannya di dalam otak.
2 hingga 7 tahun yang dinamakan sebagai tahap pra-olahan 2 hingga 7 tahun yang dinamakan sebagai tahap pra-olahan. Kanak-kanak akan mula menyebut perkataan secara pelat dan tidak sempurna tetapi boleh difahami maksudnya. iii. 7 hingga 12 tahun yang dinamakan sebagai olahan konkrit. Kanak-kanak mula mempelajari bahasa secara formal dan menguasai sejumlah kosa kata serta berkemampuan memahami maknanya.
iv. 12 tahun dan seterusnya, dinamakan sebagai olahan formal yang memperlihatkan kemampuan bahasa secara formal. Kemampuan ini membabitkan kebolehan membina ayat secara lisan dan bertulis serta memahami pertuturan atau pembacaan yang gramatis.
Contohnya: Kanak-kanak mempelajari benda sebagai satu golongan dahulu dan kemudian baharu dia mengetahui anggota atau bahagian golongan itu. Misalnya, di peringkat awal pertuturan, kanak-kanak mula memanggil semua makanan dengan panggilan “ma-mam”. Kemudiannya, panggilan itu menjadi lebih khusus seperti “susu”, “ayam” dan sebagainya.
Kekuatan: Menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanak-kanak dan diajar secara berperingkat. Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri. Kaedah pengajaran berpusatkan murid. Sesuai untuk mengajar kemahiran berbahasa (tulisan dan bacaan).
Kelemahan: Mementingkan kemahiran tulisan dan bacaan. Murid agak lemah dalam kemahiran lisan.
Teori Interaksional 1.Teori pemerolehan bahasa ini berkembang pada tahun 60-an dan 70-an. Sarjana terkenal yang mengkaji teori ini ialah Bloom (1970), Bowennan (1973,1976), Gromer (1976) dan ramai lagi. 2.Para sarjana berpendapat kebolehan kognitif sahaja tidak dapat menjelaskan pemerolehan bahasa.
Teori ini menyatakan: Pembelajaran bahasa ialah proses mental dan linguistik. Dalam sesuatu interaksi bahasa, penyampaian makna boleh diutamakan daripada struktur bahasa. Struktur bahasa dapat dikuasai dengan cara yang lebih berkesan jika pelajar menumpukan perhatian terhadap aktiviti-aktiviti yang bermakna.
Pembelajaran ialah satu proses yang aktif Pembelajaran ialah satu proses yang aktif. Sesuatu pengetahuan tidak akan diterima secara terus tetapi akan diproses dahulu. Pengetahuan baru haruslah dapat disesuaikan dengan pengetahuan sedia ada agar dapat diterima dengan berkesan. Proses pembelajaran berlaku dalam beberapa cara, mengikut keadaan dan masa tertentu. Pembelajaran berlaku sekiranya sesuatu yang disampaikan itu mempunyai makna dan hubungan dengan pengalaman sedia ada.
vii. Antara pengajaran dan pembelajaran tidak ada hubungan secara langsung di mana ianya tidak sama. Sesuatu yang diajar tidak semestinya dapat dipelajari. Oleh itu, guru harus memahami strategi pembelajaran murid. viii.Pembelajaran melibatkan perasaan dan berkait rapat dengan emosi seseorang.
FAKTOR-FAKTOR PENGUASAAN BAHASA Kedudukan sosioekonomi Taraf pendidikan, jenis kediaman, jenis permainan Hubungan kekeluargaan Sistem panggilan, saiz keluarga, keakrabatan 3. Komunikasi dalam keluarga Jenis bahasa, jenis ujaran, gaya bahasa
4. Kawasan tempat tinggal Bandar, pinggir bandar, kampung, setinggan Rakan sebaya Jiran, teman persekolahan Media massa Elektronik, cetak Pendedahan dan rangsangan Potensi bahasa digilap secara formal