Perpaduan dan Integrasi Kaum
Masyarakat Majmuk Berdasarkan J.S. Furnival: Pelbagai jenis manusia Melayu, Cina, India, Arab, Eropah, Siam dan penduduk asli (bumiputera) Mereka bercampur tetapi tidak bersatu teguh Berdekatan tetapi terpisah dalam sistem politik Bertemu ketika membeli belah, kemudian pulang ke kelompok masing-masing Berpegang kepada kebudayaan, cara hidup, agama, bahasa, idea, kepercayaan dan kaedah tersendiri Terdapat pembahagian tenaga buruh yang berdasarkan perkauman
Perpaduan Satu proses yang menyatupadukan seluruh anggota masyarakat dan negara melalui ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air Penyatuan dalam semua aspek: fizikal, ekonomi, politik dan sosial Perpaduan penting bagi sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian Ras etnik, bahasa, agama, kebudayaan dan pegangan Keutuhan negara bergantung kepada keharmonian sosial Wujud kestabilan politik Tingkatkan pertumbuhan ekonomi
Integrasi Satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial, ekonomi dan petempatan dalam sesebuah unit politik Identiti nasional = hubungan kaum lebih erat; wujud perasaan hidup bersama Integrasi juga = proses penyatuan semua aspek fizikal, ekonomi, politik, sosial termasuklah biologikal (kahwin campur) Memadai terdapat beberapa wakil sanggup hidup bersama Penerimaan oleh masyarakat = wujud integrasi Integrasi lebih kepada ikatan batin iaitu ikatan perasaan, hati dan pemikiran
Asimilasi Satu proses percampuran kumpulan2 minoriti ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar proses integrasi 1 hala Kumpulan minoriti akan hilang pegangan asal, agama, budaya, bahasa Pelajari, sertai dan amal cara hidup majoriti Akhir proses: 1 kelompok yang sama & seragam Satu proses yang sukar dicapai dalam masyarakat Malaysia – banyak jurang perbezaan Tidak mudah kump. minoriti tinggalkan budaya, bahasa, agama dan pegangan mereka Terpaksa amalkan cara hidup majoriti Cth: masyarakat Cina di Indonesia
Asimilasi Budaya / Akulturasi Satu proses di mana kumpulan minoriti mempelajari budaya kumpulan majoriti budaya sahaja; tidak pada keseluruhan aspek pelajari cuma ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni lukis, moral dan akhlak, bahasa, undang-undang, adat resam dan lain2 kemahiran Masih berpegang kpd ajaran agama asal; identiti asal tidak hilang Kaum Cina dan India byk mengikuti dan mengamalkan budaya tempatan berbaju kurung, guna dialek bahasa Melayu, makan dgn tangan, duduk bersila, pelajari tarian dll. membezakan kaum Cina Malaysia dan India Malaysia dengan kaum Cina dari China dan kaum India dari India mereka telah mengalami asimilasi budaya atau akulturasi masih boleh dilabelkan sbg org Cina atau India kerana identiti asal belum terhakis
Asimilasi Struktur Proses kumpulan minoriti berjaya menyertai institusi utama kumpulan majoriti Pendidikan, petempatan, ekonomi, politik dan sosial Kumpulan minoriti tidak hilang ciri2 dan identiti asal cuma mengalami sedikit perubahan DEB – kumpulan etnik disatukan dengan penyusunan semula masyarakat; wujud kerjasama dan hubungan erat dlm pelbagai bidang Politik – kewujudan parti Perikatan, kemudiannya Barisan Nasional memudahkan proses ini berlaku Boleh berlaku secara sedar atau tidak kerana ia melibatkan dimensi sosialisasi dalam masyarakat
Amalgamasi Proses percantuman menyeluruh dalam aspek kehidupan & merupakan dimensi yang tertinggi dalam integrasi Kepelbagaian kumpulan etnik bercampur dan berpadu = satu budaya baru Kepelbagaian etnik > amalgamasi > kelompok baru Tercapai melalui perkahwinan campur secara besar-besaran Etnik Melayu + Etnik Cina = budaya baru Sukar dicapai di Malaysia
Pluralisme Konsep mempertahankan kepelbagaian kumpulan etnik Dibahagi kepada: Pluralisme Kebudayaan Pengekalan ciri-ciri kebudayaan dan identiti pelbagai kelompok Tidak perlu ubah, amal dan sertai cara hidup kumpulan lain Mudah diterima; tidak jejaskan kepentingan Dilihat sebagai kekuatan Pluralisme Ubahsuaian Kumpulan etnik terpengaruh oleh budaya orang lain = sedikit perubahan Kekal kepelbagaian etnik tetapi menerima sedikit unsur-unsur kumpulan lain hasil dari pergaulan, interaksi sosial dan perhubungan Penerimaan ini dikatakan sebagai mengalami ubahsuaian