UNIT 6: GAYA PENULISAN
Gaya penulisan berita pembangunan berpandukan kepada: Struktur penulisan berita Format penulisan berita Keselarasan
STRUKTUR PENULISAN BERITA TERBAHAGI KEPADA:- Tajuk berita/headline Nama penulis/byline Baris tanggal/dateline Pendulu/lead Tubuh berita Penutup berita
1. TAJUK BERITA / HEADLINE Tajuk berperanan untuk menarik perhatian pembaca. Melalui tajuk juga pembaca boleh menyimpulkan isi berita.
Pegawai kerajaan terima rasuah diburu CONTOH TAJUK BERITA:- Pegawai kerajaan terima rasuah diburu
Pegawai kerajaan terima rasuah diburu 2. BYLINE / NAMA PENULIS Nama penulis yang menulis berita tersebut. Namun begitu, tidak semua berita yang ditulis mempunyai “byline”. CONTOH BYLINE:- Pegawai kerajaan terima rasuah diburu Oleh: ILAH HAFIZ AZIZ DAN NORAZRIN MARZUKI
3. BARIS TANGGAL / DATELINE Tempat dan tarikh berita itu dilaporkan CONTOH DATELINE:- Pegawai kerajaan terima rasuah diburu Oleh: ILAH HAFIZ AZIZ DAN NORAZRIN MARZUKI KUALA LUMPUR 2 Julai -
4. PENDULU / LEAD Pendulu merupakan bahagian yang penting dalam berita, yang akan membantu pembaca mengetahui isi utama sesebuah berita dengan cepat. Menurut Metz (1991), pendulu menonjolkan fakta utama dalam berita itu.
Menurut Mansor (2010), bagi menghasilkan pendulu yang baik – kepanjangan ayat mestilah tidak melebihi 25 perkataan. Manakala Mencher (2010), pendulu yang baik- kepanjangan ayat tidak melebihi 35 perkataan.
Contoh:- . Pegawai kerajaan terima rasuah diburu ILAH HAFIZ AZIZ DAN NORAZRIN MARZUKI . Lead 1 KUALA LUMPUR 2 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan beberapa pegawai kerajaan disyaki terlibat dalam aktiviti rasuah di Cameron Highlands. Lead 2 Pegawai kerajaan itu disyaki antara penerima wang suapan yang menjadi punca usaha kerajaan memulihkan kerosakan alam sekitar di Cameron Highlands gagal.
5. Tubuh Berita Tubuh berita merupakan bahagian yang menghurai fakta-fakta yang terdapat pada bahagian pendulu kepada pembaca. Tubuh berita merupakan keseluruhan daripada peristiwa yang diambil menjadi berita.Sekiranya berita itu mempunyai 7 para, maka tubuh berita bermula di para ke-3 hingga 5.
6. PENUTUP BERITA Memberikan penekanan terhadap kepentingan fakta yang dilaporkan pada bahagian pendulu dan tubuh berita.
2. FORMAT PENULISAN BERITA
Berpandukan kepada konsep Piramid Terbalik: “maklumat yang tinggi nilai berita diletakkan di awal berita, maklumat yang mempunyai nilai berita yang rendah di letakkan di bahagian akhir berita”
1. TERPENTING Format ini meletakkan:- maklumat yang tinggi nilai berita pada bahagian awal cerita iaitu di para pertama dan kedua Lead.
2. PENTING Format ini meletakkan:- maklumat yang mempunyai nilai berita di para 3 hingga 4 @ 5 Lead.
1. TAK PENTING Format ini meletakkan:- maklumat yang kurang tinggi nilai berita di para akhir berita.
3. KESELARASAN Merujuk kepada kesesuaian antara teks dengan foto. Foto yang mengiringi teks mempunyai kuasa yang lebih besar untuk memberitahu, mendidik atau memujuk seseorang. Rakaman imej fotografi tersebut sepatutnya boleh bertindak sebagai penyumbang maklumat visual yang bebas atau unik.
Imej fotografi boleh menunjukkan dan menentukan sifat kejadian atau menjadi petunjuk hal-hal yang telah dilakukan. Roland Barthes (1980) mengesahkan bahawa imej fotografi telah bertindak sebagai mesej yang berkesan.