TOPIK 4 KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
Advertisements

Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DAN HURAIANNYA
KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI
PENDIDIKAN KHAS MAS ‘ANI BINTI AHMAD L
Pemikiran Kritis & Kreatif Inovatif
PUSAT KURSUS KOKURIKULUM & PEMBELAJARAN SERVIS
TOPIK 1: Falsafah,Konsep dan Definisi Pendidikan Kesihatan
Pendidikan Jasmani & Kesihatan MOHD RIZAL BIN MOHTAR.
Ini Pilihan Kami.
PERANCANGAN STRATEGIK PENDIDIKAN KHAS
RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH
KURSUS KELESTARIAN LINUS2.0 LITERASI BAHASA MALAYSIA TAHUN 1
SEKTOR PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
LAWATAN/KEMBARA SEJARAH
PENAMBAHBAIKAN UPSR DAN PMR
KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN (HBHE1203)
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
PENYEBARAN DOKUMEN STANDARD SEKOLAH RENDAH (DSKP) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHUN
PENILAIAN DAN REKOD PERKEMBANGAN MURID
Memahami tingkah laku manusia
Disediakan oleh: Abdul Latif bin Ahmad IPG Kampus Tun Hussein Onn
3. Reka Bentuk Kurikulum Konsep Reka Bentuk Kurikulum
PENDIDIKAN KERJAYA PROF. MADYA DR. SIDEK MOHD NOAH
DSKP SEJARAH.
STANDARD 3.3 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
DASAR SOSIAL NEGARA.
3. Reka Bentuk Kurikulum Sumber-Sumber Reka Bentuk Kurikulum
TERJEMAHAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
TOPIK 2: Kurikulum Pendidikan Kesihatan dalam KBSR
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Bahagian Pendidikan Guru 2006
STANDARD SEKOLAH RENDAH
EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA
MODUL 7 KAUNSELING.
Pensyarah Fakulti Pengajian Maklumat Universiti Teknologi Mara.
EDUP 3033 Murid dan Pembelajaran
Memahami tingkah laku manusia
Memahami tingkah laku manusia
TOPIK 3 KONSEP DAN PEMBENTUKAN KURIKULUM
APA ITU KEPENGAKAPAN Disediakan oleh; ABDUL LATIF BIN AHMAD
PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN (Konsep, Definisi dan Matlamat)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KURSUS ORIENTASI DSKP TAHUN 4
PROJEK SEKOLAH BESTARI
QSS 5012 – Pengurusan & Pengelolaan Kokurikulum
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
TAJUK : PENYELIAAN DAN BIMBINGAN MOTIVASI
CIRI-CIRI PEMBENTUKAN KURIKULUM
PENYELIDIKAN DALAM PERHUBUNGAN AWAM
KURSUS ORIENTASI DSKP TAHUN 4
KURSUS LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (SEJARAH SEKOLAH RENDAH ) 2016
PENGENALAN Pelbagai kategori seperti Sindrom Down, Perkembangan Lewat, Autisme dan Hiperaktif terdapat di dalam program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.
PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
PENYEBARAN DOKUMEN STANDARD SEKOLAH RENDAH (DSKP) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHUN
PAKEJ BUKU TEKS MATEMATIK TAHUN 1
Kaedah Penaksiran dan Pemarkatan Rubrik
PENDIDIKAN KERJAYA PROF. MADYA DR. SIDEK MOHD NOAH
PENGHUBUNGKAITAN PENGENALAN
STANDARD 3.3 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
HUBUNGAN MATEMATIK KBSR DENGAN MATEMATIK PRASEKOLAH
PENAMBAHBAIKAN UPSR DAN PMR
Memahami tingkah laku manusia
TOPIK 5 PENILAIAN DAN PENGUKURAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
Pembelajaran Pembelajaran Masteri Masteri.
Transcript presentasi:

TOPIK 4 KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI

PENGENALAN Dihasilkan bagi memenuhi keperluan murid di pelbagai peringkat umur. Matapelajaran tunggal yang memberi ruang dan persekitaran kepada murid untuk bergiat dalam aktiviti kecergasan fizikal dan pelbagai kemahiran sukan disamping pengetahuan dalam penjagaan kesihatan. Penggubalan kurikulum Pendidikan Jasmani ini menjadi agenda utama untuk melahirkan murid yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

4.1 DEFINISI KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI Kurikulum boleh diertikan sebagai rancangan suatu aktiviti pengajaran, kandungan struktur suatu bidang ataupun kursus yang menjurus kepada satu-satu bidang. Kurikulum adalah rancangan yang tersusun, terancang dan bersifat berterusan. Merupakan panduan tentang skop dan kandungan matapelajaran yang dapat membantu guru merancang pegajaran dan pembelajaran. Diibaratkan sebagai badan utama yang bergerak seiring dengan objektif dan kaedah pengajaran yang akan memenuhi semua tuntutan objektif sesuatu kurikulum.

4.1 DEFINISI KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI

4.1.1 Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Jasmani Konsep Pendidikan Jasmani boleh dibaratkan sebagai pendekatan pendidikan melalui aktiviti fizikal. Clark Herington dikenali sebagai bapa Pendidikan Jasmani moden, mengklasifikasikan Pendidikan Jasmani kepada empat fasa utama iaitu: (a) Pendidikan Organik (Organic Education) (b) Pendidikan Psikomotor (Psycomotor Education) (c) Pendidikan Karektor (Character Education) (d) Pendidikan Intelektual (Intelectual Education)

4.1.1 Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Jasmani Pendidikan Organik (Organic Education) - pendekatan kepada pembangunan fizikal yang bertumpu kepada aktiviti-aktiviti yang mampu meningkatkan keupayaan fizikal dalam diri individu melalui peningkatan pelbagai sistem organik dalam badan manusia. Pendidikan Psikomotor (Psycomotor Education) - bertumpu kepada kepentingan pergerakan fizifkal yang lebih bermakna dengan penggunaan tenaga yang seminimum mungkin serta ianya dilaksanakan dengan efisyen serta mengekalkan nilai estetika pergerakan. Pendidikan Karektor (Character Education) - pembangunan mental atau kognitif bertumpu kepada pengumpulan maklumat dan pengetahuan dengan keupayaan berfikir dan mentaksir maklumat. Pendidikan Intelektual (Intelectual Education) - membantu individu menyesuaikan diri dalam kumpulan, masyarakat dan persekitaran dan bertindak memainkan peranannya sebagai seorang ahli dalam satu masyarakat.

4.1.1 Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Jasmani Objektif ‘PEPI’: 1. Individu yang terdidik melalui aktiviti fizikal amat menghargai pengetahuan mengenai kepentingan kemahiran fizikal, tubuh badan dan fungsinya. 2. Pendidikan Jasmani adalah kunci kepada kesihatan yang baik. 3. Pendidikan Jasmani yang baik akan berupaya menyumbang kepada pembangunan positif individu. 4. Pendidikan Jasmani dapat membantu peningkatan prestasi akademik. 5. Program Pendidikan jasmani yang baik dapat membantu individu memperoleh kemahiran sosialnya.

4.1.1 Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Jasmani Matlamat dan objektif kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia: MATLAMAT Bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. OBJEKTIF Mempertingkatan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor; Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri; Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian; Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal; Membentuk sahsiah dan disiplin diri; dan Membuat keputusan bijak dalam kehidupan.

4.1.2 Hubungkait Falsafah Pendidikan Jasmani dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah merupakan suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara holistik dan bersepadau untuk menghasilkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) Berdasarkan kepercayaan dan berilmu pengetahuan; berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Melalui aktiviti Pendidikan Jasmani secara amnya dapat memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui: - peningkatan dan perkembangan nilai-nilai sosial seperti bekerjasama, bertolak ansur, sabar, saling hormat-menghormati dan sebagainya. - pembinaan dan pengembangan aspek mental dan intelek seperti tafsiran, kefahaman. Pertambahan pengetahuan dan pengalaman dan sebagainya. - mengembangkan dan menerapkan perubahan tingkahlaku dan disiplin seperti yakin kepada diri, taat setia, bertanggungjawab, memiliki nilai tentang kemasyarakatan dan sebagainya.

4.1.2 Hubungkait Falsafah Pendidikan Jasmani dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kepentingan Pendidikan Jasmani: Membangun dan meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan murid. Membangunkan kemahiran pergerakan asas murid. Memberi kefahaman kepada murid tentang keselamatan diri, alatan dan tempat beraktiviti. Memberi peluang dan ruang kepada murid mengenali dirinya. Menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hidup. Mengetahui isu-isu berkaitan Pendidikan jasmani dan sukan yang boleh memperbaiki dan mempengaruhi gaya hidup.

4.2 KONSEP KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI Strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di peringkat sekolah rendah menekankan aspek-aspek penggabungjalinan, pengayaan dan penilaian. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dan menyeluruh dalam Falsafah Pendidikan Negara. Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi dan berfikir.

4.2.1 Konsep Penggabungjalinan Memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiranyang terdapat dalam kemahiran Pendidikan jasmani atau kemahiran daripada matapelajaran yang lain.

4.2.2 Konsep Pengayaan Program pengayaan perlu diberi penekanan dan keutamaan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah kerana keadaan latarbelakang murid yang ketara berbeza dari pelbagai aspek seperti kebolehan, keupayaan, bakat dan minat. Murid ini hendaklah diberikan bahan dan pendekatan yang berbeza-beza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru.

4.2.3 Konsep Penilaian Dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi membantu guru menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Perlulah dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Membantu guru mengenalpasti jenis tindakan susulan yang perlu diambil kepada seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan.

Sukatan pelajaran disusun mengikut tiga tunjang pembelajaran, iaitu: 4.3 KANDUNGAN SUKATAN PENDIDIKAN JASMANI KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR) Sukatan pelajaran disusun mengikut tiga tunjang pembelajaran, iaitu: 1. Kecergasan 2. Kemahiran 3. Kesukanan

4.3 KANDUNGAN SUKATAN PENDIDIKAN JASMANI KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR) Kecergasan (a) Kecergasan berasaskan kesihatan (i) Daya tahan kardiovaskular (ii) Daya tahan otot (iii) Kekuatan (iv) Kelenturan (v) Komposisi badan (b) Kecergasan berasaskan perlakuan (i) Koordinasi (ii) Imbangan (iii) Ketangkasan (iv) Kuasa (v) Masa tindakbalas (vi) Kepantasan (c) Konsep, definisi, prinsip dan kaedah latihan

4.3 KANDUNGAN SUKATAN PENDIDIKAN JASMANI KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR) Kemahiran (a) Pergerakan asas (b) Permainan (c) Olahraga (d) Gimnastik (e) Pergerakan kreatif (f) Rekreasi (g) Kesenggangan Kesukanan (a) Keselamatan (b) Pengurusan (c) Kerjaya (d) Isu Pendidikan Jasmani dan Sukan (e) Etika