AKTIVITI PENGAJARAN MIKRO PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK21) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA AKTIVITI PENGAJARAN MIKRO PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK21) GURU MENGGUNAKAN PANDUAN PELAKSANAAN PENGAPLIKASIAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK21) Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Senario Dalam Bilik Darjah : Guru Tidak Membimbing Dan Mendorong Murid KOMUNIKASI TIDAK BERKESAN Perbincangan/pembentangan murid tidak jelas, tidak lancar dan tidak dapat difahami oleh rakan-rakan. Murid tidak menghadap/memandang rakan-rakan semasa memberi penerangan. Murid tidak menggunakan laras bahasa yang standard dan mudah difahami. Murid tidak menggunakan bahasa badan yang sesuai semasa berbincang/menyampaikan pendapat/membentang. Murid tidak menyatakan idea utama yang hendak disampaikan secara jelas dan tersusun. Murid tidak dapat menyampaikan maklumat yang jelas dan sesuai dengan kumpulan sasaran berdasarkan situasi. Murid tidak bersedia dengan jawapan dan soalan yang akan ditanya semasa penyampaian
Senario Dalam Bilik Darjah : Guru Tidak Membimbing Dan Mendorong Murid KOLABORATIF TIDAK BERKESAN Murid tidak mendengar dan mencelah semasa rakan memberi pendapat. Murid tidak memberi maklum balas terhadap idea murid lain secara rasional. Murid tidak menghargai pandangan orang lain. Murid tidak berupaya memberi hujah dan justifikasi dengan berhemah terhadap rakan yang berbeza pendapat. Murid tidak bersepakat bagi membuat keputusan secara kolektif. Tiada hubungan yang positif dalam kalangan murid dan mereka tidak selesa bekerja dalam kumpulan Peranan dan tanggungjawab setiap ahli kumpulan tidak jelas.
Senario Dalam Bilik Darjah : Guru Tidak Membimbing Dan Mendorong Murid TIDAK BERLAKU PEMIKIRAN KRITIS Murid tidak dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada dan dengan mata pelajaran lain. Murid tidak mengakses maklumat daripada pelbagai sumber dan tiada bahan rangsangan disediakan. Murid tidak mengaplikasi kaedah mencari maklumat secara berstruktur. Murid tidak meneroka ilmu secara latih amal (hands-on) untuk mendapatkan maklumat. Murid tidak menganalisis maklumat yang diperoleh untuk membuat keputusan. Murid gagal memberi justifikasi dengan mengemukakan sebab dan akibat. Murid tidak berkongsi idea dan pendapat antara satu sama lain. Murid menyangkal pendapat orang lain secara tidak logik dan tidak berhemah
Senario Dalam Bilik Darjah : Guru Tidak Membimbing Dan Mendorong Murid TIDAK WUJUD KREATIVITI Tiada ruang dan peluang kepada murid untuk mengemukakan idea tanpa membataskan dari sudut betul atau salah. Murid tidak didedahkan dengan kaedah penyoalan yang mencabar dan bersesuaian dengan situasi bagi mencungkil idea. Murid tiada peluang dan kebebasan untuk menghasilkan atau menyelesaikan masalah mengikut cara mereka dalam konteks kandungan isi pembelajaran. Murid tidak berani mencuba laksanakan sesuatu tugasan sehingga berjaya. Murid tidak meneroka pandangan yang berbeza serta mencari sebab atau penjelasan tentang cadangan penghasilan sesuatu idea / produk baharu. Tiada peluang kepada murid untuk mengemukakan idea sendiri dan berimaginasi dalam merancang sesuatu tugasan/projek. Tiada penghargaan dan pengiktirafan penghasilan projek atau tugasan yang kreatif.