STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN Masa : 9 jam
KONSEP STRATEGI Kebolehan guru dalam memilih, menyusun dan mengurus sesuatu rancangan dengan tujuan menghasilkan pencapaian yang optimum.
KONSEP PENDEKATAN Merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran itu diajarkan untuk mencapai objektifnya. Terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan dalam kelas khas .
PENDEKATAN INDUKTIF Melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat Murid membuat kesimpulan Guru membimbing murid melalui aktiviti soal jawab dan menyediakan contoh-contoh yang sesuai
Guru membina soalan-soalan untuk membimbing murid membina kesimpulan BBM harus disediakan untuk memudahkan murid membuat kesimpulan Aktiviti P & P melibatkan penggunaan deria seperti penglihatan, pendengaran dan sentuhan
PENDEKATAN ELEKTIF Merupakan gabungan pendekatan yang digunakan sebagai satu strategi untuk melaksanakan P & P di dalam kelas. Contohnya: Guru menggunakan pendekatan strategi pemusatan bahan untuk kumpulan yang menjalankan aktiviti pengkayaan dan strategi pemusatan guru untuk kumpulan yang menjalankan pemulihan.
PENDEKATAN TEMATIF Berkait rapat dengan aktiviti P & P secara kumpulan Sesuai digunakan sebagai proses perbincangan tema dalam aktiviti kumpulan
CARA PERLAKSANAAN Tema dipecahkan kepada sub-topik dan dibincangkan dalam kumpulan mengikut tahap kebolehan murid. Contoh : tema : Kebersihan Sub topik : Kebersihan diri Kebersihan tempat tinggal Kebersihan kelas
Sub-Topik KUMPULAN CERDAS TEMA LAMBAT SEDERHANA
b) Tema yang sama diberi dan dibincangkan oleh murid-murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Contoh : tema : binatang peliharaan Kumpulan A : jawab soalan tentang binatang Kumpulan B : lukis gambar binatang Kumpulan C : gunting dan tampal
Topik X KUMPULAN 1 2 TEMA 3
PENDEKATAN PEMBELAJARAN MASTERI Memastikan murid dapat menguasai sesuatu : Kemahiran dengan cekap dan lengkap. Menguasai kemahiran melalui latih tubi. Merangkumi 4 langkah.
LANGKAH PENDEKATAN PEMBELAJARAN MASTERI Menerangkan objektif secara eksplisit. Teknik P & P yang berkesan termasuk penggunaan bahan bantu mengajar. Penilaian. Aktiviti susulan.
4 LANGKAH PENDEKATAN PEMBELAJARAN MASTERI Objektif Teknik P & P Penilaian Aktiviti Susulan
PENDEKATAN KOPERATIF DAN KOLABORATIF P & P secara kumpulan di bawah bimbingan guru. Guru sebagai pembimbing dalam sesuatu kumpulan pelbagai kebolehan dalam menyelesaikan sesuatu tugasan atau projek. Latih tubi dilaksanakan.
KRITERIA ASAS MENJAYAKAN P&P SECARA KOPERATIF & KOLABORATIF: Semangat saling bergantungan yang positif. Kemahiran sosial. Kesedaran akauntabiliti individu. Penilaian kumpulan.
LANGKAH-LANGKAH P & P SECARA KOPERATIF DAN KOLABORATIF Bahagikan kumpulan murid dan berikan nama-nama kumpulan. Nyatakan objektif, bahan bantu mengajar yang digunakan serta langkah-langkah melakukan aktiviti.
LANGKAH-LANGKAH P&P SECARA KOPERATIF DAN KOLABORATIF Mengajar prosedur melaksanakan aktiviti. Tentukan kerjasama dalam kumpulan. Tegaskan tanggungjawab setiap ahli kumpulan. Nilaikan kumpulan.