EDUP 3033 MURID DAN PEMBELAJARAN Disediakan Oleh : Nur Izzaty Binti Zipri Sarocha Prommani Kelas : 2 PISMP PM/PJ Nama Pensyarah : Dr. Sajap Bin Maswan
TAJUK : Teori Pembelajaran Behaviouris & Implikasinya Terhadap PdP Teori Pembelajaran Kognitif & Implikasinya Terhadap PdP
TEORI PEMBELAJARAN Penjelasan tentang cara manusia dan haiwan belajar. Cara manusia belajar dan memberikan cadangan terhadap cara menyelesaikan masalah.
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME Satu proses pelaziman, di mana hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas individu dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang tekal. Merupakan suatu tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.
Pembelajaran Behaviorisme Jenis Teori Pembelajaran Behaviorisme Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov (1849-1936) Teori Pelaziman Operan E.L.Thorndike (1874-1949) Teori Pelaziman Operan B.F.Skinner(1904-1990)
TEORI PELAZIMAN KLASIK IVAN POVLOV (1849-1936) 3 jenis rangsangan : Rangsangan neutral – Semua objek/perkara/peristiwa dalam persekitaran yang tiada hubungan dengan diri, kita tidak akan memberi respon kepadanya. Rangsangan semula jadi – Semua objek/perkara/peristiwa yang ada hubungan secara semula jadi dengan diri, kita akan bergerak balas secara semula jadi. Rangsangan terlazim – Rangsangan neutral yang wujud berserta rangsangan semula jadi dan menghasilkan gerak balas yang serupa. 2 jenis gerak balas/ respon: Gerak balas semula jadi - Gerak balas yang berlaku semula jadi atau berupa refleksif. Gerak balas terlazim - Berlakunya hasil perkaitan antara rangsangan semula jadi dan rangsangan neutral.
TEORI PELAZIMAN KLASIK IVAN POVLOV (1849-1936) Pelaziman klasik (classical conditioning) – satu jenis pembelajaran apabila organisma dapat membuat perkaitan atau hubungan antara rangsangan neutral dengan rangsangan semula jadi. Hasil pembelajaran melalui proses perkaitan antara dua rangsangan tersebut dikenali sebagai gerak balas terlazim.
KONSEP-KONSEP ASAS DALAM TEORI PELAZIMAN KLASIK TINGKAH LAKU HURAIAN GENERALISASI Memberikan gerak balas yang sama kepada rangsangan yang serupa. DISKRIMINASI Memberikan gerak balas kepada rangsangan tertentu sahaja. PENGHAPUSAN Proses melemahkan gerak balas terlazim dengan menghapuskan rangsangan semula jadi. PEMBELAJARAN SEMULA Mengulang semula rangsangan terlazim dengan rangsangan semula jadi setelah menghapuskan gerak balas terlazim.
TEORI PELAZIMAN OPERAN E.L. THORNDIKE (1874-1949) Satu bentuk pembelajaran yang melibatkan hasil atau kesan tingkah laku terdahulu menghasilkan tingkah laku yang baharu. Teori ini disebut teori connectionism, juga dikenali sebagai pelaziman instrumental (instrumental conditioning) Menurut Thorndike, hubungan antara rangsangan dengan gerak balas akan menjadi lebih kukuh sekiranya wujudnya kesan tingkah laku yang positif.
3 HUKUM PEMBELAJARAN ANJURAN THORNDIKE HUKUM KESEDIAAN Mengarah kepada pencapaian matlamat pembelajaran . Gangguan atau halangan kepada pencapaian matlamat akan mengakibatkan kegusaran dan kekecewaan. HUKUM LATIHAN Pengulangan kepelbagaian latihan yang berterusan dapat mengukuhkan hubungan rangsangan dan gerak balas. HUKUM KESAN Tingkah laku yang diikuti kesan yang positif akan menjadi lebih kukuh. Tingkah laku yang diikuti kesan yang negative akan menjadi lemah.
TEORI PELAZIMAN OPERAN B.F. SKINNER (1904-1990) Persekitaran luaran dan keadaan dalaman (perasaan) dapat mempengaruhi tingkah laku seseorang individu. Bentuk ganjaran ataupun hukuman dapat membawa kesan kepada tingkah laku baharu, tingkah laku diteruskan atau diulangi atau sebaliknya.
PENEGUHAN & HUKUMAN HUKUMAN HUKUMAN PERSEMBAH (BERI) HUKUMAN SINGKIR (TARIK BALIK) PENEGUHAN POSITIF BERTERUSAN BERKALA JEDA JEDA TETAP JEDA BERUBAH NISBAH PENCAPAIAN ISI KANDUNGAN NISBAH TETAP NISBAH BERUBAH
IMPLIKASI TERHADAP PdP Menetapkan matlamat yang spesifik bagi setiap langkah pengajaran. Buat analisis tugasan. Sediakan langkah pengajaran secara berperingkat. Aplikasi teknik peneguhan atau hukuman yang sesuai. Aplikasi hukum-hukum dalam proses PdP. Sediakan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dan merangsangkan.
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF PRINSIP-PRINSIP TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF otak manusia aktif berfikir untuk memahami persekitarannya Pembelajaran dan perkembangan bergantung pada pengalaman individu Murid membina pengetahuan, bukannya merekod. Pengetahuan yang dibina bergantung pada pengetahuan sedia ada murid. Pembelajaran meningkatkan dalam persekitaran sosial yang sesuai Pembelajaran memerlukan latihan dan maklum balas. ( Eggen & Kauchak, 2008)
5 TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF Teori Peringkat Perkembangan Kognitif Jean Piaget Teori Pembelajaran Robert Gagne Teori Pembelajaran Penemuan Jerome Bruner Teori Pembelajaran Penerimaan David Ausubel Teori Celik Akal Kohler
TEORI PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET Perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza-beza mengikut peringkat umur: Peringkat Deria Motor (0-2 tahun) Peringkat Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun) Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun) Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)
TEORI PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET Komponen asas teori kognitif Piaget : Skema – asas pembangunan kecerdasan minda pembentukan dan pengurusan pengetahuan Asimilasi – menggunakan skema sedia ada dalam menangani objek atau situasi baharu Akomodasi – skema sedia ada tidak dapat menangani situasi baharu Ekuilibrasi – berlaku apabila skema sedia ada kanak-kanak dapat menangani maklumat baharu melalui proses asimilasi
TEORI PEMBELAJARAN ROBERT GAGNE Teori Pemprosesan Maklumat Gagne telah menganjurkan tugas pembelajaran bagi kemahiran intelektual disusun dalam bentuk hierarki. Pembelajaran mengikut peringkat daripada asas sehingga peringkat yang lebih kompleks 8 peringkat dalam proses mengubah maklumat kepada pengetahuan yang dipelajari (learned knowledge)
HIERARKI TEORI PEMBELAJARAN ROBERT GAGNE Pembelajaran isyarat Pembelajaran gerak balas Pembelajaran rangkaian motor Pembelajaran bahasa Pembelajaran diskriminasi Pembelajaran konsep Pembelajaran prinsip Pembelajaran penyelesaian masalah
TEORI CELIK AKAL KOHLER Idea yang timbul secara spontan. Kebolehan mental seseorang untuk menyelesaikan masalah secara spontan. Keupayaan mental untuk menggabungkan unsur-unsur berlainan untuk membuat pertalian antaranya.
Implikasi Teori Pembelajaran Celik Akal Kohler terhadap PdP Guru perlu menggalakkan murid agar menggunakan celik akalnya untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam pelajarannya. Membimbing murid untuk menggunakan persepsinya untuk menghubungkaitkan masalahnya dengan elemen-elemen persekitaran Menyampaikan pengajaran secara sistematik iaitu menurut langkah demi langkah dan mengikut urutan yang sesuai Membimbing murid untuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan teknik penyoalan yang baik
TEORI PEMBELAJARAN PENEMUAN JEROME BRUNER Banyak memberikan pandangan mengenai perkembangan kognitif manusia, bagaimana manusia belajar, atau memperoleh pengetahuan dan mentransformasi pengetahuan. Bruner menyatakan belajar merupakan suatu proses aktif yang memungkinkan manusia untuk menemukan hal-hal baru di luar informasi yang diberikan kepada dirinya.
TEORI PEMBELAJARAN PENEMUAN JEROME BRUNER Proses pembelajaran murid akan melalui tiga tahap: Tahap informasi (tahap penerimaan bahan/maklumat) Tahap transformasi (tahap pengubahan bahan/maklumat) Tahap evaluasi (tahap penilaian) Perkembangan kognitif seseorang terjadi melalui tiga tahap : Tahap Enaktif (0-3 tahun) Tahap Ikonik (3-8 tahun) Tahap Simbolik (lebih 8 tahun)
TEORI PEMBELAJARAN PENERIMAAN DAVID AUSUBEL Maklumat dapat dikuasai melalui dua cara : Pembelajaran hafalan Pembelajaran bermakna Dua jenis subsumsi dalam mempelajari konsep atau maklumat baharu : Subsumi derivatif Subsumi korelatif
Advance Organizer (Pengurusan Awal) AO terbahagi kepada dua iaitu: Pengurusan Awal Perbandingan/Komparatif Pengurusan Awal Ekspositori Pembelajaran Konsep Secara Penyusunan Umum Kepada Khusus dengan menggunakan AO : Persembahan AO Kemukakan contoh positif Kemukakan contoh negatif Lihat ciri-ciri persamaan dan perbezaan Buat rumusan dan bina konsep Contoh tambahan
RUJUKAN Lee, G. (n.d.). Teori Behaviorisme. Diakses pada 4 Februari 2017, daripada Scribd.: https://www.scribd.com/doc/21251076/TEORI-BEHAVIORISME Mohd Faud Sam, M. M. (2013). Murid dan Alam Belajar. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Noriati A.Rashid, B. P. (2017). Murid dan Pembelajaran. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.