UNIT 3: Proses Penulisan Berita
Proses penulisan berita samada media cetak mahupun elektronik melibatkan perkara-perkara berikut:-
Info semasa Maklumat haruslah terkini yang sedang diperbualkan masyarakat
2. Penggunaan Ayat Ayat-ayatnya panjang, selalunya satu perenggan terdiri daripada satu ayat. Ini kerana pemberita ingin memuatkan segala maklumat yang relevan dalam perenggan tersebut. Contoh: PONTIAN 4 Mac - Sekumpulan penjenayah bertindak memecahkan dua buah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di bangunan Tabung Haji, di sini sebelum melarikan wang tunai berjumlah RM456,000 awal pagi ini.
Contoh (Secara langsung): 3. Sifat memetik Petikan boleh berbentuk laporan (tidak langsung) dan boleh juga secara langsung. Contoh (Secara langsung): "Alhamdulliah saya dimaklumkan operasi berjalan seperti dirancangkan," katanya melalui laman sosial Twitter milik beliau di sini hari ini. Contoh (Tidak langsung): Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau dimaklumkan bahawa operasi serangan ke atas penceroboh Sulu di Sabah berjalan seperti yang dirancang.
4. Kata-kata umum menggunakan kata-kata yang banyak diketahui maknanya oleh khalayak umum.
Dato Sim membeli sebuah kapal layar berharga 821.332.451 – 821 juta 5. Angka-angka dibulatkan Elak menulis angka-angka yang terlalu lengkap. Contoh: Dato Sim membeli sebuah kapal layar berharga 821.332.451 – 821 juta
6.Sign-Posting. Sebutkan jabatan, gelaran, sebelum nama orang. Contoh: Ketua Polis Negara –Tan Sri Asif Khan— mengatakan…
Universiti Putra Malaysia (UPM) 7. Hindari singkatan atau akronim, tanpa menjelaskan maknanya terlebih dulu. Contoh: Universiti Putra Malaysia (UPM)
8 Gunakan perspektif waktu Untuk unsur waktu gunakan kata-kata “kelmarin”, “hari ini”, “besok”, “lusa”, bukan nama-nama hari (Isnin). Contoh: Mahasiswa Persatuan Komunikasi UPM akan melakukan pementasan drama pada hari ini…