Projek pembinaan laluan pejalan kaki berbumbung atau susur gajah di SRA Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Disediakan oleh PIBG SRA Bandar Seri Putra
Pengenalan Tujuan dokumen ini adalah untuk mewajarkan permintaan kami untuk dana bagi membina laluan pejalan kaki berbumbung di Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra. Kami tidak meminta pembiayaan keseluruhan projek, sebaliknya apa yang mampu disumbang agar projek ini dapat dilaksanakan.
Latar Belakang Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra adalah satu-satunya sekolah Agama yang menyediakan pelajaran Agama kepada lebih dari 1,300 murid di dua bandar iaitu Bandar Seri Putra dan Bandar Bukit Mahkota di Kajang, Selangor. Walaupun disokong oleh JAIS, kebanyakan aktiviti yang dijalankan untuk sekolah ini seperti pembaikan, keselamatan dan kelas tambahan dibiayai sendiri. Di sinilah PIBG memainkan peranannya. Sepanjang tempoh tiga tahun sekolah ini beroperasi, kami telah menganjurkan pelbagai aktiviti. Antaranya merupakan penganjuran kem di sekolah buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PSRA, melibatkan pelajar-pelajar kami ke dalam pertandingan, membiayai gaji empat orang guru kami (kerana kekurangan guru maka kami perlu melantik sendiri guru kami sebelum JAIS menghantar guru baru dan kerja pembaikan kecil) dan lain-lain.
Latar Belakang Untuk tahun 2012/ 13, pihak PIBG ingin menumpukan konsentrasi pada 4 projek utama: 1. Wakaf Al-Quran. 1 pelajar – 1 Al-Quran 2. Pemasangan kipas angin di kantin 3. Pemasangan penghawa dingin di dalam Bilik Seminar 4. Pembinaan laluan pejalan kaki dari pagar utama ke sekolah Walaupun disokong oleh JAIS, kebanyakan aktiviti yang dijalankan untuk sekolah ini seperti pembaikan, keselamatan dan kelas tambahan dibiayai sendiri. Di sinilah PIBG memainkan peranannya. Baru-baru ini, kami telah berjaya membuat kutipan dana bagi membiayai pembelian 1,200 unit Al-Quran dengan terjemahan Bahasa Malaysia untuk pelajar-pelajar sekolah; pemasangan kipas angin di kantin dan pengedaran bubur lambuk kepada semua pelajar pada bulan Ramadhan.
Latar Belakang Sepanjang tempoh tiga tahun sekolah ini beroperasi, kami telah menganjurkan pelbagai aktiviti. Antaranya merupakan penganjuran kem di sekolah buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PSRA, melibatkan pelajar-pelajar kami ke dalam pertandingan, membiayai gaji empat orang guru kami (kerana kekurangan guru maka kami perlu melantik sendiri guru kami sebelum JAIS menghantar guru baru dan kerja pembaikan kecil) dan lain-lain. Impian kami adalah untuk membina laluan berbumbung dari pintu masuk sekolah ke kantin bagi melindungi anak-anak daricuaca panas atau hujan.
Situasi Semasa 1. Pelajar-pelajar kami perlu berjalan sejauh lebih kurang 200 meter dua kali setiap hari, dari dan ke pagar utama sekolah. Kami tidak membenarkan kereta masuk ke dalam kawasan sekolah atas sebab-sebab keselamatan. Kereta cuma dibenarkan masuk ketika cuaca hujan. Pandangan dari sudut pagar sekolah Pandangan dari sudut sekolah
Langkah Seterusnya 1. PIBG SRA Bandar Seri Putra kini bertanggungjawab menguruskan pembinaan susur gajah dari pagar utama ke sekolah. 2. Kami telah mendapatkan khidmat arkitek untuk melukis pelan dan kos pembinaan juga telah diperolehi. Pelan
Kos 1. Token kepada arkitek RM2,000 2. Kos pembinaan RM128,150 3. Lain-lain RM1,000 Kos Keseluruhan RM131,150 PIBG bakal menganjurkan aktiviti-aktiviti berikut bagi mengumpul dana untuk pembinaan tersebut: Karnival melibatkan pelbagai jenis aktiviti bermula dari 2 hingga 4 November 2012. Rayuan dari ibu bapa murid-murid. Untuk Dokumen Sebut Harga dari Kontraktor, sila rujuk Lampiran.
Kesimpulan 1. Kami sudah memulakan proses pengumpulan dana semasa Majlis Buka Puasa dan Solat Hajat bagi Pelajar Darjah Enam yang telah diadakan pada 10 Ogos 2012. 2. Kami berharap agar organisasi-organisasi dengan berbesar hati dapat memberi bantuan. 3. Cek boleh ditulis atas nama PIBG SRA Bandar Seri Putra dan dihantar ke alamat: Jalan Seri Putra 2/1, Bandar Seri Putra, Bangi, 43000 Kajang, Selangor. atau boleh disalurkan secara atas talian ke akaun PIBG di Bank Muamalat bernombor 1408-0000-626-717. 4. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi YDP PIBG SRA Bandar Seri Putra, Mohammed Iqbal di 012-6563033.
Lampiran
Lukisan Pelan Pembinaan
Terima Kasih