TOPIK 5 PENILAIAN DAN PENGUKURAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
Advertisements

Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN,
KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI
By Mohd Taib Harun Ph.D KONSEP DAN DEFINISI.
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
Pembelajaran dan Pengajaran (PdP)
PENGUCAPAN AWAM ZAMRI AMINUDDIN.
Pendidikan Jasmani & Kesihatan MOHD RIZAL BIN MOHTAR.
PENCEGAHAN KECEDERAAN DALAM SUKAN   -Definisi terma pencegahan -6 prinsip pencegahan: senarai, contoh mengenali situasi -Pelaksanaan 6 prinsip pencegahan.
PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI (Ujian Kecergasan)
Pengenalan Kepada Kecergasan Fizikal
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Dimensi Kepekaan Masa … merujuk kepada kepekaan subjektif terhadap perjalanan masa. Kepekaan berbeza antara individu Penting – kerana masa boleh dijadikan.
RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
DISEDIAKAN OLEH : NORDIANA BT MOHAMMED MOHAYADDIN KELAS : BM 4.11
TAKLIMAT KURSUS GURU PKJR TAHUN 2 &
TAKLIMAT PBS KSSM 2012.
SEKTOR PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN
KULIAH BBM 3410: BAHASA DALAM MULTIMEDIA PERTEMUAN KEDUA 12 MEI 2018
FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran Berubah Resource Management in Changing Environment HUSNIYAH BT. ABD. RAHIM BILIK A2-14
Jenis-jenis Latihan Kecergasan Fizikal
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN (HBHE1203)
PENYEBARAN DOKUMEN STANDARD SEKOLAH RENDAH (DSKP) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHUN
PENILAIAN DAN REKOD PERKEMBANGAN MURID
Memahami tingkah laku manusia
Disediakan oleh: Abdul Latif bin Ahmad IPG Kampus Tun Hussein Onn
Pembelajaran Secara Masteri dan Konstruktivisme
PENGAJARAN MIKRO DAN PENILAIAN
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
TOPIK 2: Kurikulum Pendidikan Kesihatan dalam KBSR
Rancangan pengajaran harian
Memahami tingkah laku manusia
Sesi 6 TEORI KOGNITIF DALAM PEMBELAJARAN
TEORI PEMBELAJARAN BAHASA (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)
Memahami tingkah laku manusia
UNIT 8 PERHUBUNGAN KEMASYARAKATAN.
TOPIK 8 KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PdP
PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN (Konsep, Definisi dan Matlamat)
KURSUS ORIENTASI DSKP TAHUN 4
KEMAHIRAN LISAN Kemahiran lisan melibatkan dua komponen, iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran mendengar ialah kemahiran yang melibatkan.
KEMAHIRAN PROSES SAINS
LATIHAN LITAR Sejarah Universiti Leeds 1953 : R.E Morgan dan C.T Adamson Membina kecergasan otot dan kardiovaskular melalui tekanan berpanjangan terhadap.
TOPIK 7 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
PENAKSIRAN PEMBELAJARAN
SMK SUNGAI PUSU, KM 11 JALAN GOMBAK, KUALA LUMPUR
PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID
TAJUK : PENYELIAAN DAN BIMBINGAN MOTIVASI
PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PLBS)
Mesyuarat Pengurusan Profesional IPGM KPM Bil 1/2015
PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
PENYELIDIKAN DALAM PERHUBUNGAN AWAM
Skop Perbincangan Fenomena perisian kursus bahasa Melayu.
KEPELBAGAIAN PELAJAR (KPD 4033)
FAIL MEJA.
Kaedah Penyelidikan BM
TOPIK 4 KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI
KURSUS ORIENTASI DSKP TAHUN 4
KURSUS LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (SEJARAH SEKOLAH RENDAH ) 2016
PENYEBARAN DOKUMEN STANDARD SEKOLAH RENDAH (DSKP) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHUN
Kaedah Penaksiran dan Pemarkatan Rubrik
Jenis-jenis Latihan Kecergasan Fizikal
KANDUNGAN MODUL 1 Konsep PM 2 Langkah PM 3 Pelaksanaan PM.
Elemen Pengajaran yang Baik
PENAMBAHBAIKAN UPSR DAN PMR
Memahami tingkah laku manusia
Pembelajaran Pembelajaran Masteri Masteri.
Transcript presentasi:

TOPIK 5 PENILAIAN DAN PENGUKURAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

5.1 DEFINISI, TUJUAN DAN CIRI-CIRI PENILAIAN DAN PENGUKURAN Penilaian ialah satu prinsip untuk mengukur pencapaian secara sistematik. Bagi menjamin satu sistem berjalan dengan lancar dan mencapai objektif, penilaian memainkan peranan yang penting. Perlulah sentiasa dilakukan kerana keberkesanan sesuatu proses pedagogi diketahui setelah penilaian dibuat.

5.1.1 Definisi Penilaian dan Pengukuran Penilaian boleh didefinisikan adalah satu proses yang berupaya memberikan maklumbalas terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran murid serta dapat membantu guru dan murid meletakkan asas keberkesanan pengajaran. Pengukuran boleh ditafsirkan sebagai satu kaedah yang bertumpu kepada pemerolehan keputusan yang bersifat angka atau kuantitatif.

5.1.1 Definisi Penilaian dan Pengukuran Penilaian di bahagikan kepada tiga kumpulan: 1. Penilaian Serta-merta - dijalankan semasa pengajaran berlaku di dalam kelas. - melalui kaedah penilaian pemerhatian tindak balas dan kerja harian pelajar guru dapat menilai sama ada pelajar dapat memahami pelajaran yang hendak disampaikan.

5.1.1 Definisi Penilaian dan Pengukuran 2. Penilaian Kemajuan - dijalankan selepas beberapa kemahiran diajar. - bertujuan mengesan penguasaan pelajar terhadap kemahiran-kemahiran yang telah didedahkan. - maklum balas penilaian dicatatkan dalam buku laporan prestasi dari semasa ke semasa.

5.1.1 Definisi Penilaian dan Pengukuran 3. Penilaian Pencapaian - diadakan selepas beberapa unit pembelajaran disampaikan. - markah yang diperolehi oleh pelajar ditukar menjadi gred - dicatat dalam buku rekod profil. - dijalankan pada hujung penggal persekolahan.

5.1.2 Tujuan Utama Penilaian dan Pengukuran dalam Pendidikan Jasmani Menentukan aras kemampuan murid. Tumpuan kepada murid. Meransang dan memotivasikan murid. Menilai keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Membantu dalam proses dokumentasi dan penyelidikan. Menentukan kumpulan murid berasaskan kebolehan.

5.1.3 Ciri-Ciri Penilaian dan Pengukuran yang Baik Dua aspek penting dalam penilaian dan Pendidikan Jasmani, iaitu: Apakah jenis yang akan digunakan seperti penilaian berasaskan kriteria (criterion-reference measurement) atau penilaian berasaskan norma (norm-reference). Mengetahui apakah kriteria utama yang memastikan kebolehpercayaan dan kesahan terhadap sesuatu ujian.

5.2 JENIS UJIAN DAN PENILAIAN Terdapat dua jenis ujian yang akan dibincangkan dalam topik ini: Ujian berasaskan kriteria Ujian berasaskan norma

5.2.1 Ujian Berasaskan Kriteria Ujian jenis ini akan digunakan apabila guru ingin menilai tahap prestasi kemajuan muridnya. Keputusan yang diperolehi dari ujian ini tidak akan dibandingkan dengan prestasi kemajuan murid lain. Selalunya ianya digunakan bagi menilai tahap kecergasan berkaitan kesihatan. Contoh 1 Dalam ujian larian 2.4km murid perlu memenuhi syarat yang ditetapkan seperti tamat dalam lingkungan 13:00 minit misalnya. Jika dalam ujian bertulis Pendidikan Jasmani murid perlu menjawab dengan betul sekurang-kurangnya 80% dari soalan yang ada.

5.2.2 Ujian Berasaskan Norma Ujian ini digunakan apabila guru yang ingin mentafsir kemajuan prestasi dalam satu-satu ujian dan ianya berupaya membandingkan keputusan dikalangan murid dalam satu darjah ataupun kumpulan. Perbandingan ini dilakukan berdasarkan norma yang berupaya membandingkan keputusan di antara satu sama lain. Sering digunakan untuk menentukan gred yang diperolehi oleh murid dalam satu-satu ujian.

Ujian Rujukan Kriteria Perbandingan antara Kedua Jenis Ujian (Jadual 5.1: Perbandingan antara Ujian Rujukan normal dengan Ujian Rujukan Kriteria) Ujian Rujukan Normal Ujian Rujukan Kriteria Penggunaan Membandingkan pencapaian dan keupayaan individu. Membandingkan pencapaian dengan kriteria yang telah ditetapkan Kayu Pengukuran Berdasarkan perbezaan pencapaian individu. Berdasarkan pencapaian dengan kriteria yang telah ditetapkan. Disiplin Mempunyai disiplin matapelajaran yang luas. Tertumpu kepada tugasan pembelajaran yang terhad. Pelan Ujian Jadual penentuan yang umum digunakan. Kriteria terperinci ditentukan. Item Ujian Soalan disusun pada peringkat kesukaran yang berbeza. Semua soalan mempunyai peringkat yang sama. Pencapaian Diukur dari segi kedudukan dalam kumpulan. Jadual yang telah terbina digunakan untuk merujuk taraf pencapaian pelajar.

5.2.3 Jenis-jenis Penilaian Penilaian Formatif - digunakan bagi mengenalpasti perkembangan pembelajaran yang telah dilalui oleh murid semasa mereka mengikuti sebarang kelas pelajaran. - dapat membantu guru membimbing pelajar yang agak ketinggalan supaya dapat dipertingkatkan kemajuannya secara tersusun.

5.2.3 Jenis-jenis Penilaian (Penilaian Formatif) Contoh 1 Ketika guru sudah mengajar kemahiran sukan seperti tendangan asas dalam permainan bola sepak. Sebelum guru beralih kepada kemahiran asas seterusnya guru akan bertindak menguji semula latihan asas yang telah diberikan. Jika guru telah berpuashati bahawa kemahiran tersebut telah dikuasai oleh murid maka guru boleh beralih kepada kemahiran seterusnya berdasarkan maklumat ujian yang telah dilaksanakan oleh guru itu sebelumnya. Jika keputusan yang diterima sebaliknya guru boleh mengulangkaji dan menambah latih tubi kemahiran itu ataupun bertindak memodifikasikan cara latihan yang sedang diamalkan. Contoh 2 Guru telah mengajar sesuatu topik yang berkaitan seperti keselamatan ketika beraktiviti dan guru telah memperjelaskan semua isi kandungan pelajaran, guru boleh bertindak menguji secara lisan bagi melihat timbal-balas akan aras kefahaman murid.

5.2.3 Jenis-jenis Penilaian Penilaian Sumatif - penilaian jenis ini sering digunakan pada peringkat akhir sesuatu topik pengajaran. - sering dilaksanakan apabila sudah tiba akhir penggal persekolahan atau sudah berada pada peringkat akhir persekolahan. - tujuan utama penilaian ini dilaksanakan bagi mengetahui tahap penguasaan dan pencapaian murid bagi satu kelas atau kumpulan. - adalah berbentuk permarkahan yang mengutamakan aras gred atau diberikan pangkat kepada pencapaian yang dikuasai oleh murid.

5.2.3 Jenis-jenis Penilaian (Penilaian Sumatif) Contoh 1 Diakhir sesuatu pengajaran seperti kemahiran sukan hoki murid telah diajar semua kemahiran berkaitan, bagi tujuan penilaian guru boleh melaksanakan satu permainan hoki bagi menilai akan kemampuan penguasaan oleh murid. Guru boleh menilai pelajar berasaskan gred yang boleh digunakan seperti “Baik”, “Sederhana” dan “Lemah”. Contoh 2 Menggunakan penilaian berbentuk bertulis bagi menguji kefahaman murid pada akhir penggal. Soalan yang berbentuk objektif boleh digunakan dan ianya perlu meliputi semua topik pengajaran. Setelah pelajar menduduki ujian ini guru boleh memeriksa jawapan murid dan seterusnya menetapkan kemahiran murid berasaskan markah yang berjaya diperolehi oleh murid.

5.3 ASPEK PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI Bidang Perkara Dinilai Syarat Fizikal Tahap Kecergasan Menilai kemajuan dalam meningkatkan tahap kecergasan. Psikomotor Pemainan Menilai sekurang-kurangnya 2 aktiviti pemainan setahun. Olahraga Menilai sekurang-kurangnya 1 acara olahraga yang menliputi 3 bidang iaitu larian, balingan dan lompatan. Pendidikan Pergerakan Menilai sekurang-kurang 1 pendekatan setahun. Kognitif Ujian 80% markah bahagian kesihatan dan 20% markah bahagian jasmani. Folio Menilai sekurang-kurangnya rekod amalan kecergasan murid, tugasan dan penjadualan masa. Afektif Amalan Nilai Meliputi semua amalan nilai dalam bidang fizikal dan psikomotor, pengetahuan nilai dalam kognitif dan pemerhatian guru.

5.3.1 Aspek Penilaian Tahap Fizikal Kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada dua jenis: Kecergasan berkait dengan kesihatan Kecergasan berkait dengan perlakuan motor

5. 3. 1 Aspek Penilaian Tahap Fizikal (Rajah 5 5.3.1 Aspek Penilaian Tahap Fizikal (Rajah 5.1: Carta pecahan kecergasan jasmani)

5.3.2 Kecergasan Fizikal Berkait dengan Kesihatan Dapat membantu seseorang individu itu bergerak dengan lebih mudah, efisien dan membantu melakukan tugasan harian dengan cekap dan dengan penggunaan tenaga yang minimum. Antara komponen tersebut adalah: Daya Tahan Kardiovaskular (Cardiovascular Endurance) - satu elemen kecergasan yang bertumpu kepada fungsi kelicinan sistem jantung dan fungsi peredaran darah seseorang individu. - mempunyai perkaitan yang rapat dengan sistem respiratori yang berfungsi membekalkan oksigen dalam tubuh badan supaya kerja yang melibatkan jangka masa yang agak panjang dapat diharungi dengan baik.

5.3.2 Kecergasan Fizikal Berkait dengan Kesihatan Daya Tahan Otot (Muscle Endurance) - didefinisikan sebagai tahap keupayan individu melakukan kerja yang membebankan satu bahagian badan yang dilakukan secara berterusan. - contoh latihan memukul bola skuasy secara berulang-ulang. Kekuatan Otot (Muscle Strength) - keupayaan salah satu bahagian otot menghasilkan daya (kerja) untuk mengharungi satu-satu rintangan. - kekuatan otot juga dapat mengelakkan atlet dari menerima kecederaan dan membantu menggandakan pergerakan serta memelihara postur yang baik. - contoh mengangkat dumbell yang berat dengan menggunakan tangan.

5.3.2 Kecergasan Fizikal Berkait dengan Kesihatan 4. Kelenturan Badan (Flexibility) - melibatkan keupayaan sesuatu sendi atau bahagian badan yang membolehkan sesuatu pergerakan dalam tempoh masa yang panjang dan sejauh mungkin dengan tidak sebarang melibatkan kecederaan kepada mana-mana bahagian otot. - contoh aktiviti duduk berlunjur sambil tangan cuba menjangkau hujung kaki. Komposis Badan (Body Composition) - ditentukan oleh kadar peratusan lemak berbanding yang bukan lemak (otot dan tulang). - lebihan peratusan lemak badan bakal menimbulkan masalah obesiti yang boleh menggugat tahap kecergasan seseorang individu. - senaman dan latihan jasmani adalah kaedah yang paling sesuai bagi individu yang ingin mencapai kadar komposis badan yang seimbang.

5.3.3 Kecergasan Fizikal Berkait dengan Perlakuan Motor Kepantasan (Speed) - kemampuan seseorang individu melakukan pergerakan pantas dalam tempoh yang singkat. - berkait rapat dengan kekuatan otot dan masa tindakbalas. Kuasa (Power) - kemampuan otot menghasilkan daya atau pergerakan yang mendadak (explosive) dalam tempoh singkat. - contoh pukulan yang kencang dalam fasa pukulan badminton.

5.3.3 Kecergasan Fizikal Berkait dengan Perlakuan Motor Ketangkasan (Agility) - kebolehan melakukan pergerakan yang berulang-ulang ke arah yang berbeza-beza dengan pantas dan efisien. - seseorang pemain yang tangkas berupaya melakukan penukaran posisinya ketika mengawal imbangan bola. Koordinasi (Coordination) - kebolehan seseorang individu menyelaraskan pergerakannya bagi mendapatkan tindakan yang diinginkan. - sebagai contoh memerhatikan bulu tangkis dan membuat pukulan balas.

5.3.3 Kecergasan Fizikal Berkait dengan Perlakuan Motor 5. Imbangan (Balance) - keupayaan seseorang individu mengimbangi dan mengekalkan keseimbangan badan ketika melakukan aktiviti pergerakan yang statik atau bergerak. - imbangan terdiri daripada dua iaitu statik dan dinamik. Masa Tindak Balas - adalah jangka masa yang diambil bagi seseorang individu bagi memulakan sesuatu tindakan atau pergerakan apabila ianya dirangsang untuk bertindak.

5.4 ELEMEN DALAM PENGUKURAN Terdapat 3 elemen yang diukur dalam Pendidikan Jasmani iaitu: Elemen psikomotor Elemen kognitif Elemen afektif 5.4.1 Elemen Psikomotor - merupakan satu komponen yang dinilai oleh guru dalam Pendidikan Jasmani. - ianya amat berkait rapat kepantasan, kelenturan, daya tahan, koordinasi saraf otot dan imbangan.

5.4 ELEMEN DALAM PENGUKURAN 5.4.2 Elemen Kognitif Bertumpu kepada tahap kefahaman dan pengetahuan murid dalam kesemua topik dalam Pendidikan jasmani. Melalui ujian seperti ini guru perlu melihat murid-murid dari aspek kefahaman dan pengetahuan murid ketika murid sedang melaksanakan sesuatu bidang kemahiran. Murid juga perlu diterap dan dilatih untuk mentafsir, mengguna dan melaksanakan kemahiran berdasarkan teknik-teknik yang telah diajar oleh guru. 5.4.3 Elemen Afektif Mengukur pencapaian pelajar dari segi sikap dan nilai memerlukan pungutan data dari pelbagai cara. Cara ini merangkumi pemerhatian tingkah laku pelajar sewaktu mereka terlibat dalam aktiviti tertentu, mendengar komen mereka dan meminta mereka untuk mengisi soal selidik. Alat penilaian yang digunakan untuk penilaian elemen afektif ialah: (i) Senarai semak, pemerhatian, tingkah laku pelajar-pelajar (ii) Rekod-rekod anekdot Temu duga Soal selidik aneka pilihan Skala pemerhatian