UNIT 8: PENULISAN PENDULU BERITA

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
6/19/ :43 AM SUMUR IMPIAN MEMPERSEMBAHKAN TANDA BACA.
Advertisements

DR. HJ. MOHD. NA’IM HJ. MOKHTAR
Disediakan oleh: Kumpulan 3
Dialog/ Wawancara PANDUAN RINGKAS:
EDU 3120 TOPIK : KAUNSELING INDIVIDU -KEMAHIRAN ASAS TEMUBUAL DALAM SESI.
KARANGAN 1- Jenis Karangan 2- Format Karangan
SISTEM STRUKTUR PEMERINTAHAN / PENTADBIRAN
E-mel Rasmi Jenis-jenis Emel Bentuk E-mel Rasmi Membina Pengenalan
ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
INSTRUMEN PENTAKSIRAN PUSAT
SEJARAH TAHUN 5 TAJUK 1: WARISAN NEGARA KITA
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
TINGKATAN 5 BAB DUA INSURANS.
KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA KURSUS INDUKSI UMUM
UNIT 5: PENULISAN PENDULU BERITA
UNIT 4: Ciri-Ciri Berita
Hudud & Qisas, ini faktanya...
3. Reka Bentuk Kurikulum Konsep Reka Bentuk Kurikulum
OBLIGASI MEMBERIKAN PERKHIDMATAN
UNIT 9: FORMAT PIRAMID TERBALIK
CERPEN : PUSARAN.
UNIT 4: KEWARTAWANAN DAN PEMBANGUNAN POLITIK, EKONOMI DAN KOMUNITI
Unit 2: Peranan Akhbar dalam Masyarakat
Unit 4 Pengumpulan & Penulisan Berita untuk Media Cetak
STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR (2)
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Pakatan Murni Makna: Pakatan murni merupakan usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan. Setiap.
KUMPULAN 5 BUNGA RAYA.
UNIT 3: Gaya Penulisan Berita
Strategi Meningkatkan Pengajaran Kemahiran Mengarang
Komunikasi Lisan.
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KPM
Sub Modul Keberadaan Guru
KULIAH 4 SISTEM PEMERINTAHAN I: PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANDAN INDAH
UNIT 6: Pengumpulan dan Penulisan Berita Khusus
UNIT 4: PENULISAN BERITA KHUSUS DAN FORMAT PENULISAN BERITA
KOMUNIKASI KORPORAT MEDIA.
MEMBUAT PILIHAN (KHIYAR) DALAM JUAL BELI
Komunikasi: Alat Pengurusan Krisis
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
Penulisan Berita dalam Media Cetak
UNIT 7: TEKNIK PENGUMPULAN BERITA DAN SUMBER BERITA
UNIT 6: GAYA PENULISAN.
Asas Psikologi & Kaunseling
Unit 6 Format Piramid Terbalik
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
TANDAS KITA TANGGUNGJAWAB BERSAMA
UNIT 5 MENGATUR BAHAN UCAPAN
UNIT 3: Proses Penulisan Berita
UNIT 5: Peranan wartawan dan Agensi Berita
Unit 5: Penulisan Pendulu Berita
PROSEDUR KLOZ.
UNIT 6: Ciri-Ciri Berita dan Nilai Berita
UHAS 2092 KULIAH 11 PEMANTAUAN TERHADAP GOLONGAN PROFESIONAL (PENGUATKUASAAN PERATURAN, AUTONOMI, KOD ETIKA DAN PENDEKATAN BARU)
Penulisan Karangan.
KOMUNIKASI KORPORAT MEDIA.
Ciri-ciri Penulisan Fakta Gaya Dan Laras Struktur Bentuk Wacana
UNIT 5: FORMAT PENULISAN BERITA
FEM 3301 Etika dan Nilai dalam Pembangunan TAJUK 4 Etika dalam Pembangunan: Hubungkait dan Kepentingan.
UNIT 8: Pemberitaan Penyiasatan
UNIT 8: Pemberitaan Penyiasatan
UNIT 4: KEWARTAWANAN DAN PEMBANGUNAN POLITIK, EKONOMI DAN KOMUNITI
Topik 7 Berdikari Definisi Nilai Kata Kunci
AKTIVITI BERSAMA KELUARGA
SEJARAH PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
FCE 3204 Kemahiran Berfikir
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
Transcript presentasi:

UNIT 8: PENULISAN PENDULU BERITA

Pendulu berita adalah perenggan pertama sesebuah berita dan merupakan ciri yang terpenting. Umumnya, pendulu harus berupaya untuk menarik perhatian pembaca.

Terdapat beberapa jenis pendulu iaitu:- 1. PENDULU TRADISIONAL - 5W 1H 2. PENDULU ALTERNATIF Naratif / deskriptif Kontras Staccato Pertanyaan /Persoalan Petikan

1. PENDULU TRADISIONAL Juga dikenali sebagai pendulu asas atau pendulu ringkasan. Pendulu ini dibentuk daripada enam unsur iaitu siapa (who), apa (what), bila (when), di mana (where), mengapa (why) dan bagaimana (how). Urutan setiap unsur ini tidak mutlak. Maksudnya boleh dimulakan dengan unsur siapa atau apa dengan mempertimbangkan kepentingannya. Menurut Mencher (2006), wartawan seringkali memilih unsur siapa dan apa dalam penulisan pendulu.

CONTOH PENDULU TRADISIONAL (PENGGUNAAN UNSUR SIAPA) LEAD 1 KUALA LUMPUR 27 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melakukan rombakan Kabinet dalam masa terdekat, yang pertama sejak dibentuk pada 2013. LEAD 2 Difahamkan beliau telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bagi mempersembahkan senarai rombakan Kabinet itu.

CONTOH PENDULU TRADISIONAL (PENGGUNAAN UNSUR APA) LEAD 1 KUALA LUMPUR 27 Julai - Pejabat Perdana Menteri hari ini meminta semua pihak lebih-­lebih lagi anggota pentadbiran, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, supaya menunggu hasil siasatan berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). LEAD 2 Katanya, semua pihak sewajarnya mengelak membuat kenyataan yang boleh mengeruhkan persepsi rakyat terhadap kepemimpinan negara serta kerajaan dan UMNO.

2. PENDULU ALTERNATIF Naratif /Deskriptif Kontras Staccato Pertanyaan/persoalan Petikan

1. PENDULU NARATIF / DESKRIPTIF Bentuk pendulu ini mementingkan gambaran dan huraian peristiwa dan subjek pelaku.

Contoh Pendulu Naratif / Deskriptif: Lead 1 Seremban: Tindakan mencurigakan dua wanita berhijab hitam keluar terburu-buru dari sebuah pasar raya terjawab apabila mereka dicekup kerana disyaki mencuri pelbagai set pinggan mangkuk di sebuah pasar raya di Seremban 2, di sini, kelmarin. Lead 2 Perbuatan kedua-dua suspek berusia 30-an mencuri set pinggan mangkuk itu dihidu pengawal keselamatan sebelum menahan mereka.

2. PENDULU KONTRAS Penulisan pendulu yang berlawanan pada subjek pelaku atau peristiwa.

Contoh Pendulu Kontras: Lead 1 KUALA LUMPUR 26 Julai – Ke­giatan perjudian haram yang kelihatan ‘senyap’ sejak beberapa bulan kebelakangan ini di premis-premis perniagaan awam sebenarnya masih berlaku di tempat-tempat eksklusif termasuk banglo mewah, kondominium dan kelab-kelab persendirian. Lead 2 Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia, Datuk Mohd. Firdaus Abdullah berkata, aktiviti terbabit sukar dikesan pihak berkuasa kerana menggunakan lokasi tertutup dan hanya melibatkan jemputan sahaja.

3. PENDULU STACCATO Staccato merupakan tanda titik-titik di bawah not di dalam bidang muzik. Ini bererti not harus dibaca secara terputus-putus. Jika di dalam penulisan, not tersebut merujuk kepada tanda baca seperti titik.  

Contoh Pendulu Staccato: Lead 1 Kuala Lumpur: Tiada baju raya mahupun sebarang sambutan. Raya tahun ini bagai tak ada erti bagi mereka. Sejak dua bulan lalu hospital inilah rumah kedua mereka. Lead 2 “Setiap hari, kami hanya berendam air mata memikirkan Raef yang bergadai nyawa kerana keadaan kesihatannya kerap tak menentu,” kata Noraini Jaafar, 37, ibu kepada Raef Uqael Mohd Rosli, berusia empat tahun.

4. PERTANYAAN / PERSOALAN Pendulu ditulis dalam bentuk ayat tanya seolah-olah soalan diajukan kepada pembaca. Namun pembaca tidak perlu menyediakan jawapan kerana ia akan terjawab dengan sendirinya.

Contoh Bentuk Pertanyaan / Persoalan:- Lead 1 Kuala Lumpur: Sanggupkah anda menunggu seawal jam 8 pagi untuk membeli pelbagai barangan pada diskaun melebihi 70 peratus untuk persiapan Aidilfitri biarpun kebanyakan pusat beli-belah Sogo di ibu kota hanya dibuka pada jam 10 pagi? Lead 2 Perlukah kita membawa keluarga membeli-belah di ibu kota pada waktu pagi?

5. Bentuk Petikan Ia merupakan kenyataan daripada sumber yang memberi fakta mengenai sesuatu perkara (ceramah, sidang akhbar, wawancara). Ia dimulakan dengan tanda petik “ “.

Contoh Bentuk Petikan :- Lead 1 Kuala Terengganu: “Dia suruh saya jaga diri dan didik anak baik-baik sebelum dia ‘pergi’,” kata Salihana Zawawi, 29, isteri kepada Mohd Zawawi Seman, 36, yang ditemui terapung di perairan Pulau Kapas, Marang selepas hilang di laut bersama tiga saudara lain di Kuala Kemaman pada 21 Jun lalu. Lead 2 Mayat Mohd Zawawi ditemui terapung oleh nelayan jam 5 petang kelmarin sebelum mayatnya dibawa Anggota Penguatkuasaan Maritim Malaysian (APMM) ke jeti Pulau Kambing dan diserahkan Ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).